resepi ayam teriyaki

Resepi Ayam Teriyaki Yang Mudah dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi ayam teriyaki? Mesti anda pernah alami merasa buntu untuk memasak pada hari hari tertentu kan? Bila buka peti sejuk anda, ada ayam di dalamnya. Pasti anda terpikir masakkan apa yang hendak dibuatkan? Kari ayam ke gulai ayam ke? Tapi semua masakkan ni sudah berkali kali buat. Betul tak?  Apa kata kali ni penulis membawa anda dengan merasai makanan jepun yang pasti memikat selera anda iaitu resepi ayam teriyaki

Pengenalan

Pernah dengar Teriyaki ayam? Teriyaki ayam ialah makanan Jepun biasa yang sangat popular di kebanyakan restoran. Teriyaki adalah teknik memasak makanan Jepun dimana mereka menggunakan ikan yang mempunyai banyak isi seperti tongkol, makarel dan marlin. Selain itu, lembu dan ayam juga digunakan dalam masakan Teriyaki. Teriyaki ialah dua perkataan yang digabungkan yang membawa maksud salutan sos berkilat yang mengandungi gula (TERI) dan prosess memasak dengan menggunakan pemanggang atau mengoreng (YAKI).

Resepi asal Teriyaki ni menggunakan sos soya dan sake (iaitu sejenis wine dari beras yang sangat popular di Jepun).  Namun, resepi ini telah diolah di Malaysia dengan tanpa menggunakan wine atau arak. Walapun tiada bahan tersebut resepi ayam teriyaki tetap lazat untuk dimakan.

Resepi Teriyaki ni sangat mudah dan cepat dimasak kerana kebanyakkan bahan-bahannya mudah untuk didapati. Jom mari kita pelajari resepi ayam teriyaki ini.

Masa hidangan: 25 minit

Jumlah hidangan: 2-3 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Teriyaki

  • 2 keping dada ayam
  • tepung
  • 1/4 cawan kicap soya cair
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar parutan halus halia
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar gula perang atau gula putih
  • minyak masak
  • bijan
  • daun bawang
  • cili merah

Cara Memasak Resepi Ayam Teriyaki

  1. Bersihkan dada ayam dengan tepung untuk menghilang bau hanyir
  2. Hiris dada ayam memanjang mengikut cita rasa anda (penulis suka hiris memanjang dalam ukuran tebal 2cm) dan ketepikan hirisan ayam
  3. Sediakan perapan sos teriyaki dengan campurkan kicap soya cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula
  4. Masukkan hirisan ayam ke dalam mangkuk yang berisi perapan sos dan perapkan selama 15 minit
  5. Panaskan minyak didalam kuali dan gorengkan hirisan ayam yang sudah diperap
  6. Pastikan hirisan ayam masak dengan secukupnya dan letak kan di dalam pinggan
  7. Selepas hirisan ayam diangkat, masukkan pula perapan sos didalam kuali yang sama
  8. Tambah kan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih dan menjadi pekat.
  9. Angkat sos teriyaki dan tuangkan ke atas hirisan ayam yang siap dimasak tadi.
  10. Jangan lupa taburkan bijan yang disangai, daun bawang, dan cili untuk penghias teriyaki ayam anda!

Tips:

  • Pastikan hirisan ayam anda tidak terlalu lama dimasak agar isi ayam tidak menjadi keras dan kurang jus
  • Gunakan gula perang agar rasa lebih enak dan lazat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − five =