Resepi ayam penyet

Resepi Nasi Ayam Penyet yang Sedap dan Lazat

Pernah makan resepi nasi ayam penyet? Kombinasi nasi putih dan ayam penyet bersama sambal, tempe, tauhu dan ulam ulaman seperti timun pasti akan membangkit selera anda kan? Selalunya nasi ayam penyet boleh didapati di restoran makanan di luar sana. Nasi ayam penyet sangat popular dan menjadi kegemaran ramai bukan sahaja di indonesia bahkan di Malaysia juga.

Pengenalan

Nasi ayam penyet berasal dari  Indonesia. Penyet bermaksud lumat dalam istilah bahasa jawa dimana bahan yang dimasak dilumatkan dan dimakan bersama sambal yang jugak ditumbuk lumat.

Apa yang menjadi keistimewaan pada nasi ayam penyet adalah sambal nya pedas dan ayam berempah yang cukup salutan rempah ratusnya. Pasti akan bertambah nasi kan? Ha! Jum kite cuba resepi nasi ayam penyet kegemaran orang ramai ni.

Bahan untuk Resepi Nasi Ayam Penyet

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):

  • 1 ekor ayam, potong 4 atau 8
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • air secukupnya

Bahan untuk rempah perapan

  • 1/2 sudu jintan manis
  • 1/2 sudu jintan putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar kari ayam atau kari daging
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit garam
  • 1 biji telur (untuk ayam menjadi lebih rangup)
  • 1/2 cawan tepung beras (untuk ayam menjadi lebih rangup)

Bahan-bahan untuk nasi ayam

  • 3 cawan beras
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • Butter atau mentega
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sup ayam:

  • 1 ikat sup bunjut adabi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 batang serai
  • bawang goreng

Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:

  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji tomato
  • 5 cm belacan bakar
  • 1/2 gengam ikan bilis
  • 3 sudu besar gula perang
  • secawan minyak
  • limau nipis atau limau kasturi
  • sedikit garam, jika perlu secukup rasa

Bahan untuk hidangan sampingan:

  • 4 ketul tauhu
  • 2 keping tempe
  • Sayur dan ulaman (timun,daun selom,kubis,kacang panjang,tomato)

Cara Memasak Resepi Nasi Ayam Penyet

  1. Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
    1. Basuh ayam dengan tepung untuk hilangkan bau hanyir
    1. Panaskan air bersama bawang putih dan halia.
    1. Masukkan ayam dan biarkan ia rebus sehingga empuk (anggaran 15-20 minit)
    1. Keluarkan ayam yang sudah diempuk dan ketepikan
    1. Air rebusan jangan dibuang, ketepikan (diguna untuk masak nasi)
  • Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
    • Sangai rempah jintan manis, jintan putih dan ketumbar sehingga naik aroma yang wangi
    • Kisarkan rempah yang disangai bersama bahan bahan perapan lain sehingga halus
    • Lumurkan bahan bahan dikisar dengan ayam yang sudah direbus tadi dan perapkan semalaman untuk proses serapan rempah ke dalam ayam (boleh perap selama 2-3 jam juga)
    • Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar dan pastikan tidak terlalu gelap (hangus)
    • Lebihan perapan rempah ayam boleh dilumurkan pada tauhu dan tempe sebelum digorengkan
  • Cara-cara untuk nasi ayam penyet:
    • Masukan butter atau mentega dan panaskan sehingga cair
    • Masukkan bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan tumiskan sehingga naik bau
    • Masukkan beras serta daun pandan dan kacau
    • Masukkan beras tadi kedalam periuk nasi elektrik
    • Masukkan air dan sedikit garam
    • Tutup periuk nasi dan biarkan masak seperti biasa
  • Cara-cara untuk sup ayam:
    • Masak semula air rebusan ayam tadi dan letak kan sup bunjut dan serai
    • Letakkan tulang ayam sepeti kaki ayam atau pun leher ayam sebagai penambah rasa
    • Biarkan sehingga mendidih dan angkat ke tepi
    • Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
  • Cara-cara untuk sambal ayam penyet:
    • Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan
    • Gunakan minyak yang sama, gorengkan cili, bawang dan tomato sehingga layu.
    • Sejukkan kesemua bahan seketika, kisarkan kesemua bahan yang digoreng bersama belacan yang sudah dibakar
    • Panaskan lebihan minyak tadi dan tumiskan bahan dikisar
    • Masukkan garam dan gula secukup rasa
    • Pastikan sambal dimasak dengan sempurna

Tips

  • Sediakan ulam ulaman seperti timun, daun selom,kubis,kacang panjang,tomato untuk dimakan bersama nasi ayam penyet anda

Selamat mencuba!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 1 =