Resepi Begedil Ayam Yang Mudah Dan Sedap

resepi begedil ayam

Penulis sangat suka makan resepi begedil ayam. Selalunya penulis akan makan bersama soto dan nasi lemak. Wah!! bila teringat terus rasa nak buat. Bahan bahan pun senang dicari dan mudah dibuat. Begedil ayam ni sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Pasti begedil akan habis dulu bila dihidang dimeja makan kan?

Pengenalan

Begedil diperbuat daripada kentang yang dilenyek dan digaulkan bersama daung sup, bawang goreng, bawang besar dan daging ayam atau daging lembu. Disalut pula dengan telur menambahkan keenakkan begedil.

Selain makan dengan soto atau pun nasi, begedil juga boleh makan bersama sos kicap yang pedas. Begedil ayam sangat mudah dibuat dengan masa yang singkat untuk memasaknya. Kita juga boleh mengikut selera kita sendiri. Pasti seronok kan? Nak tahu cara masak begedil ayam? Jom! Sama sama.

Bahan Untuk Resepi Begedil Ayam

  • 500 gram (4-5 biji)
  • 150 gram daging ayam kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 pokok daun sup
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ayam
  • Minyak

Cara Penyediaan Resepi Begedil Ayam

Cara untuk sediakan bahan bergedil:

  • Panaskan minyak masak dan goreng kentang sehingga kuning dan lembut. Angkat dan ketepikan
  • Lenyekkan kentang yang diketepikan sehingga betul betul hancur dan ketepikan. Pastikan kentang masih panas agar mudah untuk dilenyekkan. Gunakan potato masher untuk proses melenyek, jikalau tiada boleh guna garfu atau pun cawan
  • Panaskan minyak dan goreng bawang besar yang dipotong dadu sehingga lembut dan masukkan ayam kisar
  • Masukkan garam secukup rasa dan gorengkan sehingga masak
  • Angkat ayam yang sudah dimasak dan campurkan sekali didalam bekas yang berisi kentang lenyek
  • Masukkan juga bawang goreng, daun sup, serbuk lada putih dan garam secukup rasa
  • Gaulkan campuran adunan sehingga sebati
  • Ambil adunan sedikit dan kepal kan mengikut saiz yang anda mahukan. Kepalkan membentuk bulatan dan leperkan sedikit.
  • Susunkan didalam pinggan dan buat sehingga habis

Cara untuk masak begedil ayam:

  • Pecahkan telur didalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
  • Panaskan minyak didalam kuali
  • Celupkan bergedil tadi kedalam telur dan goreng didalam minyak yang betul betul panas
  • Pastikan bergedil ayam anda dimasak dengan sempurna dengan menggunakan api yang sederhana besar
  • Biarkan begedil ayam menjadi kekuningan atau keemasan, barulah dibalikkan
  • Bila sudah masak, angkat dan toskan minyak

Tips:

  • Jangan dibalikkan bergedil sebelum betul betul bertukar kekuningan bagi mengelakkan begedil pecah ketika digoreng
  • Pastikan kepalan adunan disalut keseluruhan dengan telur
  • Makan dengan nasi panas dan sos kicap yang pedas akan membangkit selera anda

Selamat Mencuba

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four × one =