resepi kuih lopes

Resepi Kuih Lopes Tradisional yang Sedap

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan resepi kuih lopes tradisional yang sedap untuk disediakan? Kuih lopes merupakan kuih tradisional yang mempunyai rasa yang lemak-lemak manis dengan air gula melaka yang manis dan lemak dari kelapa parut.

Kuih lopes kebiasaannya berbentuk bulat dan ada juga berbentuk segi tiga yang berwarna hijau. Warna hijau itu adalah daripada ekstrak warna daun pandan yang diperah dan menaikkan aroma bau pandan pada kuih lopes. Kuih lopes merupakan pulut susu yang digaul ke dalam kelapa parut dan dimakan bersama air gula melaka.

Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kuih lopes tradisional yang sedap.

Pengenalan

Kuih lopes merupakan kuih tradisional yang manis dan sangat popular dalam kalangan orang Melayu. Kuihnya berwarna hijau dengan aroma pandan yang begitu memikat hati.

Terdapat banyak cara penyediaan kuih lopes. Ada yang masih menggunakan cara tradisional dalam pembuatan kuih lopes iaitu menggunakan daun pisang dan dikukus.

Ada juga yang menggunakan cara moden yang mudah iaitu masak menggunakan periuk nasi. Terpulang kepada cara dan citarasa masing-masing. Mari kita cuba resepi kuih lopes seperti di bawah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 7 orang

Bahan-bahan Resepi Kuih Pulut Lopes

  • 2 cawan beras pulut susu
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air pandan
  • Garam halus secukup rasa
  • Sedikit pewarna hijau (opsyenal)
  • Daun pisang
  • Tali rafia
  • Kelapa parut putih
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Memasak Pulut Lopes

  1. Basuh beras pulut sebersihnya dan rendam selama 1 jam. Kemudian, toskan beras pulut.
  2. Masukkan beras pulut, santan, air pandan, garam dan pewarna hijau ke dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
  3. Panaskan pengukus sehingga air menggelegak.
  4. Balutkan pulut yang telah dimasak dalam periuk tadi dan gulungkan dalam daun pisang yang telah dilayurkan menjadi bentuk silinder seperti gula-gula dan ikat kemas kedua-dua hujung kiri dan kanan menggunakan tali rafia biar padat. Kukuskan selama lebih kurang 15 minit.
  5. Angkat dan sejukkan seketika. Kemudian, potong secara membulat dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaulkan bersama garam.

Bahan-bahan masakan air gula melaka

  • Daun pandan
  • 1 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula pasir
  • Air secukupnya

Cara Menyediakan Air Gula Melaka

  1. Masukkan gula melaka dan air secukupnya. Kacau sehingga gula melaka larut.
  2. Masukkan gula putih dan daun pandan.
  3. Kacau sehingga semua bahan sebati
  4. Baiki rasa manis mengikut citarasa masing-masing.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama pulut lopes.

Tips berguna untuk Resepi Kuih Lopes:

  • Untuk bagi kelapa parut tahan lama, kukus dahulu kelapa parut tersebut.
  • Layurkan terlebih dahulu daun pisang agar aroma daun pisang berbangkit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − nine =