resepi kuih bakar pandan

Resepi Kuih Bakar Pandan yang lazat.

Anda mencari resepi kuih bakar pandan yang mudah tapi sedap untuk dibuat? Di sini kami akan berikan kepada anda tentang bahan bahan yang diperlukan, cara penyediaan dan tips yang berguna untuk para pembaca dalam menyediakan hidangan ini.

Pengenalan

Kuih bakar pandan ini mempunyai kerak yang manis dan sedap untuk di makan, sememangnya bahagian itu yang penulis cukup suka. Kuih bakar pandan ini kadangkala di panggil kuih bakar kemboja, ianya sejenis kuih bakar yang mempunyai taburan bijan di atas kerak tadi dan mempunyai rasa pandan yang enak.

Jadi tanpa membuang masa lagi,  mari kita cuba buat dengan resepi yang kami sediakan di sini.

Masa penyediaan : 15 minit

Masa memasak : 45 minit

Jumlah Hidangan : 4 biji kuih

Bahan-Bahan untuk Resepi Kuih Bakar Pandan

a) Untuk Jus Pandan

  • 250 ml air
  • 5 helai daun pandan

b) Untuk bahan kuih bakar

  • 250g tepung gandum
  • 200g gula putih
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 563ml santan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu marjerin
  • Minyak
  • Bijan
  • Pewarna hijau

Cara Penyediaan Resepi Kuih Bakar Pandan

  1. Panaskan oven kepada suhu 170 darjah celcius, api atas dan bawah
  2. Potong daun pandan, kisar halus bersama air
  3. Tapis jus pandan dan letak tepi dahulu
  4. Kemudian, masukkan pula tepung gandum, gula, garam, santan, jus pandan, telur, margerin dan pewarna hijau ke dalam mesin pengisar
  5. Kisar halus dan tapis
  6. Seterusnya, ambil acuan kuih bakar, tuangkan sedikit minyak dalam acuan dan mula panaskan
  7. Apabila sudah panas, tabur bijan dan biarkan ia menjadi perang keemasan dan tuang 3/4 acuan.
  8. Tabur lagi bijan di atas permukaan sebelum di bakar.
  9. Bakar selama 45 minit hingga permukaan kuih menjadi perang
  10. Setelah selesai membakar, ambil lidi pendek untuk melihat samada kuih itu sudah masak ataupun belum.
  11. Cucuk lidi tadi ke dalam kuih bakar dan lihat sekiranya ada yang melekat, makna nya kuih belum masak, jika lidi bersih, maka kuih itu sudah selesai di bakar
  12. Kemudian, apabila kuih sudah siap di bakar. Angkat dan boleh dihidangkan apabila sudah sejuk.

Tips Ringkas

  • Minit minit akhir, anda boleh naikkan suhu kepada 190 darjah celcius untuk kuih lebih cepat masak dan naik perang
  • Selain daripada bahan bahan yang disebut di atas, anda juga boleh masukkan sesudu tepung jagung ataupun sedikit butter untuk menambahkan lagi rasa dalam kuih bakar ini

Selamat mencuba dan menjamu selera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 4 =