Anda mencari resepi kuih lompang yang mudah untuk dibuat? Di sini kami akan berikan kepada anda tentang bahan bahan yang diperlukan, cara penyediaan kuih lompang dan tips yang berguna untuk para pembaca dalam menyediakan hidangan ini.
Pengenalan
Kuih lompang ini terdiri daripada gabungan tiga jenis gula dan mempunyai aroma pandan yang menyelerakan dan rasa ini kemudiannya di tambah dengan rasa lemak masin daripada kelapa parut. Enak bukan?
Resepi ini tidak leceh kerana ia tidak memerlukan bahan yang banyak. Jadi tanpa banyak membuang masa lagi, mari kita cuba buat kuih lompang ini dengan resepi yang kami sediakan di sini.
Masa penyediaan : 10 hingga 15 minit
Masa memasak : 20 minit
Jumlah Hidangan : 25 biji
Bahan-bahan untuk Resepi Kuih Lompang
a) Untuk air gula
- 1 helai daun pandan
- Setengah cawan gula merah
- 1/4 cawan gula
- Setengah keping gula nisan
- 2 1/2 cawan air
b) Bahan lain
- Minyak untuk disapu pada acuan
- Setengah sudu kecil air kapur
- 1 sudu tepung ubi
- 1 1/2 cawan tepung beras
c) Untuk kelapa parut
- Setengah biji kelapa parut
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
Cara penyediaan Resepi Kuih Lompang
- Masak semua bahan untuk air gula
- Kacau hingga gula mulai larut dan mendidih
- Tapis dan sejukkan air gula tersebut
- Masukkan tepung ubi dan beras ke dalam mangkuk dan tuangkan air gula dan air kapur
- Kacau hingga sebati
- Apabila sudah nampak sebati, pastikan adunan tidak nampak berketul apabila ditapis
- Seterusnya sapu acuan lompang dengan sedikit minyak
- Susun dalam tray dan kukus acuan kosong tadi selama 5 minit
- Setelah selesai dikukus, tuang adunan lompang hingga 3/4 penuh
- Kukus selama 15 ke 20 minit
- Setelah kuih masak, keluarkan dari periuk kukus dan sejukkan
- Sementara menunggu, gaulkan bahan untuk kelapa parut, daun pandan dan garam. Kukus hingga 5 minit dan hias di atas kuih lompang
Tips Ringkas
- Jika tidak mahu gunakan gula nisan, jumlah sukatan gula putih anda tambah menjadi 1/2 cawan
- Air kapur menjadi agen yang membuatkan kuih lebih kenyal apabila dikukus nanti
- Acuan dikukus selama 5 minit bertujuan untuk mendapatkan lekuk yang cantik atau dengan erti kata lain, untuk mendapatkan lesung kuih lompang itu apabila kuih itu dikukus nanti
Selamat mencuba dan menjamu selera