resepi kuih cara berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Digemari

Teringin untuk mencuba resepi cara berlauk? Artkel pada kali ini akan membincangkan cara untuk membuat kuih cara berlauk yang sering dijual pada waktu pagi.

Pengenalan

Resepi kuih cara berlauk ini ialah salah satu kuih tradisional melayu. Ramai dalam kalangan orang melayu yang menggemarinya.

Menarik tentang kuih ini adalah, anda boleh mendapatkan rasa kuih yang lemak yang lembut, garing serta sedikit pedas. Kuih ini sangatlah popular untuk dihidangkan kepada majlis dan jamuan kerana menjadi kegemaran ramai orang melayu.

Cara bancuhan adalah sama sahaja dengan kuih cara manis Cuma ia juga ditambah dengan daging atau ayam. Oleh itu nikmatilah resepi kuih cara berlauk.

Masa penyediaan: 30 minit

Bilangan penyediaan: 15 biji

Bahan-bahan Resepi Kuih Cara Berlauk

  • 500gram daging kisar atau ayam kisar.
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Lada putih atau lada sulah
  • 2 biji cili merah yang telah dihiris halus
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 4 cawan santan cair
  • Setengah sudu kecil garam
  • ¼ sudu pewarna kuning

Cara-Cara Membuat Resepi Kuih Cara Berlauk

  • Panaskan minyak lalu tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Masak sehingga pecah minyak
  • Masukkan daging kisar beserta lada sulah dan kuib pati ayam.
  • Kemudian, kacau sehingga airnya kering
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Bancuh semua adunan kuih cara dan kacau sehingga sebati.
  • Tapis dengan menggunakan penapis supaya tiada ketulan tepung.
  • Panaskan Loyang kuih cara dan sapu dengan sedikit miyak atau mentega supaya tidak melekat.
  • Tuang adunan ke dalam acuan masukkan 1 sudu kecil initi ke atas kuih tersebut.
  • Taburkan dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  • Tutup Loyang dengan penutup atau tudung periuk.
  • Masak selama 3-5 minit di atas api yang perlahan.

Tips:

  • Cucuk dengan lidi untuk mengeluarkan kuih tersebut daripada loyangnya.

Selamat mencuba resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + fourteen =