Untuk perkongsian pada hari ini, The Resepi ingin kongsikan kepada anda semua dengan resepi cucur jagung. Di sini kami akan beri dan kongsikan dengan anda semua tentang apakah bahan bahan yang diperlukan, serta tips yang berguna untuk semua pembaca dalam menyediakan kuih ini.
Pengenalan
Cucur biasanya sering di masak pada waktu waktu santai seperti waktu petang, terdapat berbagai jenis cucur yang ada seperti cucur udang, cucur kentang, ikan bilis dan bermacam macam lagi. Hidangan ringkas ini menjadi popular kerana proses pernyediaan nya yang mudah dan rasanya yang enak. Nama cucur juga berbeza mengikut tempat, adakalanya cucur di panggil cekodok, bergantung pada tempat masing masing.
Jadi tanpa kita banyak membuang masa, jom kita cuba buat cucur jagung dengan resepi yang kami kongsikan di sini.
Masa penyediaan : 10 hingga 15 minit
Masa memasak : 10 hingga 15 minit
Jumlah Hidangan : 10 hingga 15 biji
Bahan untuk Resepi Cucur Jagung
- Gula
- Garam
- Tepung gandum
- Minyak masak
- Jagung
Cara penyediaan :
- Mula mula, kita bersihkan jagung, kita buang kulitnya dan hiris jagung itu
- Kemudian, kita campurkan air dengan gula dan garam
- Gaul dengan sebati adunan air tersebut
- Setelah adunan itu sebati, kemudian ambil pula tepung gandum dan kacau semula
- Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan letak tepi seketika
- Panaskan minyak masak untuk mula menggoreng
- Setelah minyak mula nampak panas, goreng cucur hingga masak kuning keperangan
- Angkat dan toskan cucur di atas penapis ataupun kertas tisu
- Ulang langkah 7 hingga habis adunan cucur tadi
Hidangkan dan selamat menjamu selera.
Penambahan dan Tips Ringkas
- Gunakan jagung manis dan hiris jagung seperti mahu membuat bubur jagung, jika ada kanji, gunakan bahagian belakang pisau untuk mengeluarkan kanjinya yang berbaki pada tongkol jagung
- Jika anda mahukan tekstur yang lebih rangup, cuba campurkan tepung gandum dengan tepung beras dengan nisabh 3:1 ( 3 tepung gandum dan 1 tepung beras) dan tambah sedikit tepung penaik untuk mendapatkan tekstur yang lebih cantik lagi
- Untuk menambahkan lebih rasa dalam cucur anda, tambahkan bawang merah ataupun hirisan cili, ini akan menambahkan lagi keenakan pada cucur anda
- Satu tips yang berguna iaitu, anda boleh cuba untuk tambahkan serbuk perasa ayam, bilis ataupun daging, ianya lebih bertujuan untuk alam menambahkan lagi rasa pada cucur jagung anda.
- Tips yang agak penting, gunakan minyak yang baru sebelum mula menggoreng bagi mengelakkan aroma minyak lama bercampur dengan cucur anda
Selamat mencuba resepi ini dan menjamu selera ya.