resepi kuih sagu merah

Resepi Kuih Sagu Merah yang lazat dan Sedap

Untuk perkongsian resepi kuih pada hari ini, kami dari The Resepi ingin berkongsikan kepada anda semua tentang resepi kuih sagu merah. Hari ini kami daripada The Resepi akan kongsikan kepada anda tentang bahan bahan yang digunapakai dalam menyediakan hidangan ini, beserta tips yang berguna untuk pembaca dalam menyediakan kuih ini dengan mudah.

Pengenalan

Kuih sagu merah ini merupakan satu kuih tradisi yang agak mudah untuk dibuat. Kuih yang dibuat melalui proses merebus ini perlu sentiasa dilihat untuk mengelakkan daripada kuih ini menjadi terlalu lembik. Untuk mengekalkan tekstur yang cantik, sebentar lagi akan kami kongsikan kepada anda tentang cara cara untuk membuatnya.

Jadi tanpa perlu banyak kita buang masa lagi,  mari kita cuba buat dengan resepi yang kami kongsikan kepada anda di sini.

Masa penyediaan : 15 minit

Masa memasak : 20 minit

Jumlah Hidangan : 20 hingga 25 biji kuih

Bahan untuk Resepi Kuih Sagu Merah

  • Air untuk merebus
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan sagu
  • Gula pasir
  • 1 sudu perasa sirap ros
  • Pewarna merah
  • kelapa parut
  • sedikit garam

Cara Penyediaan Resepi Kuih Sagu Merah

  1. Pertama sekali, anda ambil sagu,bersih,basuh dan toskan
  2. Kemudian, rebus sagu bersama daun pandan. Gunakan api yang perlahan semasa merebus
  3. Kacau sagu perlahan lahan hingga menjadi pekat
  4. Kemudian, masukkan ula dan perasa sirap. Jika anda mahu kuih menjadi sedikit merah, tambahkan pula pewarna merah, kemudian kacau sekata
  5. Setelah semuanya sekata, ambil semula sagu tadi dan tuang perlahan lahan ke dalam loyang dan mula kukus selama 20 minit
  6. Setelah selesai mengukus, anda boleh mula sejukkan kuih dan pindahkan ke dalam peti sejuk
  7. Setelah kuih sejuk, anda boleh mula memotong dan gaul dengan kelapa parut untuk mendapatkan rasa yang lebih enak lagi

Hidangkan dan selamat menjamu selera.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • kelapa parut yang anda ingin gunakan nanti, perlu juga dikukus seketika bagi mengelakkan kelapa parut menjadi basi
  • Penutup periuk kukus perlu ditutup dengan kain bersih, bagi mengelakkan titisan air jatuh menitis pada kuih sagu merah
  • Untuk menambahkan rasa lemak masin, gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam
  • Untuk mengekalkan tekstur lembut dan cantik pada kuih sagu merah ini, pastikan sagu tidak direbus terlalu lama, ini untuk mengelakkan sagu menjadi terlalu lembik.
  • Jika biji putih pada sagu tidak hilang semasa proses mengukus, ianya tidak menjadi masalah.

Selamat mencuba dan menjamu selera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + seventeen =