Resepi ayam masak kam heong

Resepi Ayam Masak Kam Heong yang Mudah dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan resepi ayam masak kam heong yang sedap tapi mudah untuk disediakan? Ayam masak kam heong selalunya mudah untuk didapati di kedai cina muslim. Ayam kam heong ini seakan-akan ayam masak kicap tapi terdapat sedikit perbezaannya.

Yang menyamakannya adalah ayam masak kam heong sama hitam dengan ayam masak kicap. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan ayam masak kam heong yang sedap dan mudah.

Pengenalan

Ayam masak kam heong sangat popular dalam kalangan bangsa cina dan sekarang sudah menjadi menu pilihan bangsa lain juga. Di samping menu ayam kam heong yang mudah untuk disediakan, rasanya juga sangat sedap.

Ia seakan ayam kicap tapi ada penambahan rasa yang lain dengan daun kari dan rempah kari. Kanak-kanak juga sukakan menu ringkas ini kerana rasanya yang tidak pedas dan sedap. Bahan-bahan juga mudah untuk disediakan. Mari kita cuba resepi ayam masak kam heong seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

 Bahan Untuk Resepi Ayam Masak Kam Heong

  • 1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
  • 2 biji bawang besar (sebiji dipotong halus dan sebiji lagi dipotong kasar secara bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu makan cili kering kisar (untuk tambah kepedasan. Jika tidak suka pedas, tidak perlu letak)
  • 5 tangkai cili padi atau cili kering (dipotong dua dan bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing)
  • 3 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam atau daging (bancuhkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Garam, gula dan serbuk perasa (bergantung kepada citarasa masing-masing)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Minyak masak

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Kam Heong

  1. Perapkan ayam yang telah dipotong dan dibasuh bersih bersama serbuk kunyit, tepung jagung dan garam.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Gorengkan ayam sehingga ayam masak. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili kering kisar sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  5. Kemudian, masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dan masak sehingga terbit minyak.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing dan rasa seimbang. Kacau sebati kuah.
  7. Masukkan pula ayam yang telah digoreng ke dalam kuah dan gaul sebati kuah bersama ayam.
  8. Masukkan sedikit air supaya ayam masak kam heong mempunyai sedikit kuah.
  9. Kemudian, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan hirisan cili padi ke dalam kuah.
  10. Maka, siaplah ayam masak kam heong kita. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih panas. Selamat mencuba.

Tips berguna:

  • Untuk menghasilkan ayam kam heong yang mempunyai kuah yang banyak, lebihkan air, sos cili, sos tiram dan kicap manis.

Selamat mencuba resepi resepi ini/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three − three =