Resepi pucuk ubi tempoyak

Resepi Pucuk Ubi Tempoyak Petai Masak Lemak

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi pucuk ubi tempoyak petai untuk hidangan masak lemak yang sedap? Menu pucuk ubi tempoyak petai merupakan manu istimewa kegemaran ramai. Gabungan pucuk ubi, tempoyak dan petai dalam masakan masak lemak boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja ketika menikmatinya bersama nasi putih. Hidangan ini sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan malam.

Pengenalan

Tempoyak merupakan bahan penyedap dan pembuka selera untuk masakan masak lemak. Selain dimasukkan bersama pucuk ubi, ia juga boleh digandingkan bersama pucuk paku. Masakan pucuk ubi tempoyak ini selalunya likat kuahnya. Tahap kepedasan juga boleh disuaikan mengikut selera yang diinginkan. Selain meletakkan ikan bilis, masakan pucuk ubi tempoyak juga boleh diletakkan udang. Mari kita mencuba resepi pucuk ubi tempoyak petai yang mudah ini di rumah untuk seisi keluarga.

Resepi pucuk ubi tempoyak

Bahan-Bahan Untuk Resepi Pucuk Ubi Tempoyak

  • 1 jambak daun pucuk ubi (diracik-potong anggaran 1.5 cm)
  • 1 inci kunyit hidup
  • Segenggam cili padi (ikut tahap kepedasan anda nak)
  • 1 batang serai dititik
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan tempoyak
  • 5-7 ekor udang
  • Separuh cawan ikan bilis
  • Separuh cawan petai
  • 1 helai daun kunyit dicarik kecil
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-Cara Memasak Resepi Pucuk Ubi Tempoyak

  1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan kisar, pucuk ubi, serai, daun kunyit, tempoyak dan santan.
  3. Buka api sederhana, gaul rata kesemuanya, biarkan sehingga mereneh dan sebati. Boleh tambah sedikit air jika terlalu kering.
  4. Setelah pucuk ubi sudah masak lembut, masukkan ikan bilis dan petai.
  5. Kemudian masukkan pula udang.
  6. Setelah udang masak, masukkan garam secukupnya. Setelah mereneh boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Boleh gantikan santan segar dengan santan kotak. Tambahkan sedikit air untuk santan kotak.
  • Jangan buka api terlalu besar ketika masak supaya santan tidak pecah.
  • Gunakan gunting untuk meracik daun ubi kayu untuk lebih mudah dan cepat.
  • Boleh tambahkan lebih tempoyak untuk lebih rasa lemak.
  • Jika tempoyak manis tak perlu tambah gula dalam masakan.
  • Boleh gu bersama ikan kering untuk dimakan bersama nasi putih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × five =