resepi daging cili api

Resepi Daging Cili Api Bikin Tambah Lagi

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi daging cili api yang sedap? Menu daging cili api merupakan sejenis masakan pedas yang sesuai untuk dihidangkan semasa makan tengahari atau makan malam. Menu ini juga sesuai dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng.

Pengenalan

Jika anda kebuntuan untuk memilih jenis masakan untuk daging, masakan daging cili api adalah menu yang sesuai, mudah dan sedap untuk dimasak. Resepi ini sememangnya menjadi kegemaran bagi mereka yang minat akan masakan pedas. Walaupun menu ini ringkas dan mudah, namun ia pasti menambat selera seisi keluarga. Mari kita cuba resepi yang simple ini untuk juadah makan tengahari di rumah.

Saiz hidangan: 4-5 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Daging Cili Api

  • 500g daging (seeloknya pilih bahagian batang pinang kerana tidak perlu merebus terlebih dahulu)
  • 15 biji cili api * ( boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 4 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia dihiris
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • serbuk kunyit
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya

Cara-Cara Memasak Resepi Daging Cili Api

  1. Hiris nipis daging batang pinang, gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan sedikit gula. Gorengkan ia sehingga masak. Tidak perlu terlalu lama hingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar kasar bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak (boleh gunakan minyak goreng daging tadi), tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan halia, kicap dan sos tiram. Gaul rata.
  5. Selepas itu, masukkan daging yang telah digoreng tadi, Gaulkan sekata sehingga pecah minyak.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan bawang besar yang dipotong gelang. Masak sehingga bawang layu.
  7. Tutup api, siap untuk dihidangkan.

Tips masakan:

  • Untuk menambah kepedasan dan kesedapan, boleh tambah dengan cili api kisar kasar yang digoreng bersama dengan bawang besar, gula dan garam. Goreng sehingga layu. Kemudian tambahkan ke atas masakan daging cili api yang siap dimasak.
  • Jika ada lebihan masakan boleh disimpan untuk buat nasi goreng.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 12 =