resepi semperit susu

Resepi Semperit Susu Sedap Dan Lembut

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi semperit susu yang sedap dan cair dalam mulut? Semperit merupakan antara kuih raya yang popular dan sering menjadi pilihan hidangan kudapan balang kuih raya di atas meja semasa Hari Raya. Kuih semperit juga adalah merupakan kuih klasik dan menjadi kegemaran ramai golongan terdahulu. Pada masa kini, terdapat beberapa jenis kuih semperit yang telah diolah dan menjadi variasi baru. Antaranya adalah kuih semperit susu.

Pengenalan

Kuih semperit susu mempunyai rasa seakan-akan kuih semperit original namun bahan-bahannya sedikit berbeza. Selain itu, kuih semperit susu juga lebih rasa berlemak dan lebih lembut berbanding kuih semperit biasa. Warna semperit susu juga selalunya lebih cerah berbanding kuih semperit original. Rasa kuih semperit susu yang lembut dan cair dalam mulut juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk menikmatinya.

Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk membuat resepi semperit susu yang enak.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Semperit Susu

  • 250 gram butter
  • 1 cawan susu pekat
  • 500 gram tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan

Cara-Cara Membuat Resepi Semperit Susu

  1. Biarkan butter pada suhu bilik supaya lembut.
  2. Pukul butter yang telah dilembutkan bersama susu sehingga sebati dan menjadi licin. Pastikan tidak memukul terlalu lama.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul adunan.
  4. Setelah itu masukkan tepung jagung dan tepung custard sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 10 minit di dalam peti sejuk.
  5. Keluarkan dan terap doh menggunakan acuan bunga dahlia. Kemudian hias coklat chip di atas kuih.
  6. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150°C.
  7. Keluarkan dan sejukkan di atas cooling rack. Boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara setelah kuih sejuk sepenuhnya.

Tips Berguna

  • Perhatikan kuih semasa proses bakar dalam oven, elakkan terlebih masak supaya warnanya tidak menjadi perang hangus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 18 =