Resepi Daging Masak Merah

Resepi Daging Masak Merah yang Lazat

Bagaimanakah cara untuk masak resepi daging masak merah? Artikel ini akan membincangkan dengan ringkas cara-cara untuk memasak masakan ini, berserta senarai barang yang perlu anda ada dan juga tips yang berguna kepada anda.

Pengenalan

Kebiasaan hidangan ini selalu di campur dengan nasi goreng dan ianya agak popular di kedai tomyam di negara kita ini. Ianya enak kerana empuk dan lembut. Dipanggil masak merah kerana kebanyakkan kedai menggunakan sedikit pewarna makanan untuk daging tersebut kelihatan merah warnanya.

Jadi tanpa membuang masa lagi , mari kita cuba dengan resepi yang telah kami kongsikan di sini.

Masa untuk penyediaan dan memasak : 25 – 30 minit

Jumlah Hidangan : 3- 4 orang

Bahan Untuk Resepi Daging Masak Merah

Bahan bahan Asas :

  • 1-1 ½ kilo daging lembu
  • Air
  • Pewarna merah untuk makanan
  • Minyak
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 ulas bawang putih yang dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 lobak merah yang dihiris
  • 8 biji cili padi yang dibelah dua
  • 1 biji tomato dipotong 6
  • 4 helai daun limau purut
  • 1/2 air rebusan daging
  • 1/2 biji bawang holland yang dihiris

Cara Penyediaan Resepi Daging Masak Merah

  1. Potong daging kepada dua bahagian
  2. Rebus daging di dalam periuk bersama air dan sedikit pewarna merah sehingga daging empuk
  3. Setelah daging mulai empuk, angkat dan sejukkan dan hiriskan mengikut lawan urat daging
  4. Panaskan minyak dan goreng hirsan daging tadi
  5. Setelah daging mulai garing, angkat dan asingkan
  6. Keluarkan lebihan minyak sedikit dan mulai menumis bawang putih
  7. Apabila nampak bawang puith mula kekuningan, masukkan pula cili kisar dan goreng hingga garing
  8. Masukkan pula daging yang sudah digoreng tadi dan kacau
  9. Masukkan sos cili,tomato dan tiram
  10. Masukkan pula hirisan lobak merah, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging
  11. Masak dan gaulkan semuanya sehingga sebati
  12. Setelah semuanya sebati, masukkan pula tomato, hirisan bawang holland dan daun limau purut yang sudah dicarik

Tips Ringkas

  • Pilih daging yang bersesuaian untuk mendapatkan tekstur lembut dengan cepat bila direbus, sebagai contoh daging batang pinang sesuai digunakan kerana daging ini cepat empuk apabila direbus
  • Daun limau dicarik bagi mengurangkan rasa pahit dan untuk menaikkan aroma masakan ini
  • Sesuai dimakan dengan nasi putih ataupun nasi goreng.

Selamat mencuba semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − three =