Bagaimanakah cara untuk memasak resepi ayam percik yang sedap? Artikel ini akan membincangkan cara penyediaan, senarai bahan-bahan dan tips yang berguna untuk menyediakan masakan ini.
Pengenalan
Resepi ayam percik ini disediakan bersama kuah santan yang pedas lemak berkrim. Ia sangatlah digemari oleh semua golongan masyarakat apabila Ramadhan menjelang tiba. Resepi ayam percik ini telah mendapat banyak sambutan hangt dalam kalangan pengguna-pengguna laman social yang mempunyai karakter gemar memasak.
Teringin mahu makan ayam percik? Tapi bukan di dalam bulan Rmadhan, Jangan risau. Apa kata and acuba memasak resepi ini yang konfem akan merecik habis. Kata orang, jika memasak sendiri barulah terasa nikmatnya kalua dibandingkan dengan yang dibeli di luar.
Kini, anda boleh memasaknya sendiri di rumah anda tanpa mengira mas dan waktu serta tanpa perlu keluar dari rumah. Ianya bole sahaja dipanggang di atas ketuhar, ataupon di atas api. Nikmatilah resepi ayam percik ini.
Masa penyediaan: 30 minit
Jumlah Hidangan: 4 orang
Bahan Untuk Resepi Ayam Percik
Bahan Asas
- 1 ekor ayam yang dipotong empat.
Bahan Perapan Ayam yang perlu dikisar bersama
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 batang halia
- I inci halia
- Sedikit garam
Bahan-Bahan Kuah Ayam Percik yang perlu dikisar
- 2 pek santan pekat
- 10 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 1 batang serai
- 3-5 tangkai cili kering(mengikut citarasa kepedasan)
- Sedikit air asam jawa/ asam keping
- Sedikit garam
Cara Masakan Resepi Ayam Percik
Cara penyediaan Ayam Percik
- Kisarkan semua bahan perapan ayam sehingga halus dan perap ayam yang telah dipotong selama 30 minit – 1 jam.
- Selepas ayam sudah diperap, panggangkan ayam tersebut di dalam ketuhar atau api sehingga sepenuhnya masak.
Penyediaan bahan kuah Ayam Percik
- Kisarkan bawang merah, halia, cili kering dan serai sehingga halus.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk untuk dimasak di atas api.
- Campurkan 2 pek santan ke dalam bahan kisar tadi dan gaul sebati
- Masak kuah ayam percik dengan api yang perlahan.
- Teruskan mengacau suapaya kuah tidak menjadi berketul dan pecah minyak.
- Masukkan air perahan asam jawa dan garam secukupnya.
- Masak sehingga kuah ayam percik menjadi pekat.
Cara-Cara Menghidang Ayam Percik.
- Setelah siap dibakar ayam tersebut boleh dicelupkan ke dalam kuah yang telah siap tadi.
- Ayam Percik telah sedia untuk dihidang.
Tips:
- Boleh juga untuk menambah gula mengikut suakatan yang sesuai untuk memberikan rasa manis di dalam kuah ayam percik.
Selamat mencuba resepi ini!