Semestinya pada setiap hari, ayam goreng yang akan menjadi keutamaan lauk di atas meja. Ingin mencuba sesuatu yang baru? Kali ini, aktikel ini akan membincangkan resepi ayam bakar yang sangat menyelerakan dan mudah di masak seperti menyediakan ayam goreng. Dengan ini, lauk pauk di rumah kita tidak akan lagi sama pada setiap hari.
Pengenalan
Menurut wikipidea, ayam bakar juga dikenali sebagai ayam panggang. Ianya dsediakan dengan pelbagai kaedahsama ada memanggang di dalam ketuhar, atas api atau air fryer. Bagi anda yang menggemarkan resepi baru, resepi ini adalah salah satu yang wajib anda cuba.
Terdapat dua cara untuk membuat ayam bakar ini. Yang pertama seperti kaedah yang biasa iaitu kita perap dahulu ayam sebelum bakar. Kaedah yang kedua adalah anda perlu memasak ayam terlebih dahulu bersama rempah sebelum dibakar ataupon direbus seketika.
Artikel pada kali ini akan membincangkan resepi ayam bakar yang mudah dan cepat disediakan. Nikmatilah resepi ayam bakar ini.
Masa penyediaan: 30 minit
Jumlah Hidangan: 4 orang
Bahan untuk Resepi Ayam Bakar
Bahan-Bahan Masakan Ayam Bakar
- 1 ekor ayam yang dipotong empat atau dipotong biasa.
Bahan-bahan perapan ayam bakar
- 2 sudu atau 120g sos tiram
- Sos cili
- Sos tomato
- Sos lada hitam
- Serbuk cili
- 2 sudu madu
- Sedikit butter
Bahan perapan ayam yang perlu dikisar atau ditumbuk bersama
- 2 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- Sedikit halia
Cara Memasak Resepi Ayam Bakar
Cara penyediaan Ayam Bakar
- Kisarkan semua bahan perpaan ayam yang perlu dikisar dan gaul sekali dengan bahan-bahan yang lain.
- Kemudian, perap ayam tadi dengan semua bahan-bahan yang telah digaul dan perap sehingga 1 jam.
Cara Membakar Ayam Bakar
- Jika membakar dia atas api dan arang bole dibakar seperti biasa mengikut kreativiti anda.
- Jika ingin membakar ayam di dalam ketuhar, bole bakar menggunakan suhu 1800-2000 mengikut ketuhar masing-masing menggunakan api atas bawah. Masa untuk disetkan dianggarkan dalam 30-40 minit.
Cara-Cara Menghidang Ayam Bakar.
- Setelah siap dibakar boleh dihidangkan bersama nasi putih atau lain-lain.
- Boleh menggunakan sos blackpaper atau sos cili utnuk dimakan bersama ayam bakar.
Tips:
- Jika anda bukan penggemar madu boleh menggantikan madu dengan gula.
- Jika anda menggunakan gula, terus sahaja masukkan dan kacau bersama dalam bahan perapan tadi. Jika anda penggemar madu pula, tipsnya adalah madu itu perlu disapukan selepas diperap sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar kira-kira 10-15 minit. Ini kerana, ia kan menghasilkan ayam yang Nampak cantik dan berkilat selepas masak nanti.
Selamat mencuba resepi ayam bakar yang menyelerakan ini!