Bagaimanakah cara untuk memasak resepi ayam goreng berlada yang sedap? Artikel ini akan membincangkan cara memasak, bahan masakan dan juga tips untuk memasak resepi ini
Pengenalan
Selalunya kebanyakan daripada kita menggunakan ayam goreng biasa untuk dimakan dengan pelbagai lauk yang lain ataupun dimakan begitu sahaja. Akan tetapi terdapat cara untuk meningkatkan lagi rasa enak dan sedap ayam goreng ini iaitu menjadikan ia sebagai ayam goreng berlada
Ayam goreng yang disalut dengan rasa pedas dan enak dimakan bersama dengan nasi lemak sudah tentu menjadi kegemaran ramai. Kebiasaannya ayam bahagian kepak yang selalu digunakan, tetapi tidak menjadi masalah kalau anda mahu cuba masak menggunakan bahagian ayam yang lain seperti peha, isi dan sebagainya.
Tanpa lengah lagi, mari kita cuba resepi yang akan kami kongsikan di sini.
Masa penyediaan : 45-65minit
Jumlah Hidangan : 3- 4 orang
Bahan untuk Resepi Ayam Goreng Berlada
Bahan kisar halus :
- 1 sudu teh lengkuas hiris
- 1 sudu teh halia hiris
- 15 tangkai lada kering yang direndam air panas
- 1 batang serai dihiris
- Air
Bahan Ayam :
- Kepak ayam (Bahagian lain juga boleh digunakan) dicuci bersih dan tos
Bahan lain :
- 1 sudu teh serbuk kunyit dicampur dengan bahan yang dikisar
- Minyak
- Garam
Cara Memasak Resepi Ayam Goreng Berlada
- Kepak ayam dikelar untuk memudahkan perencah menyerap ke dalam ayam. Disamping itu, ia juga akan menyebabkan bahagian dalam ayam masak dengan sempurna nanti.
- Lumurkan kepak ayam dengan bahan yang dikisar sehingga betul-betul rata
- Perap ayam tadi hingga 15-20 minit
- Panaskan minyak
- Goreng kepak dengan api sederhana
- Apabila sudah garing dan nampak keemasan, angkat dan toskan ayam tadi
Tips Ringkas
- Lipat hujung kepak ayam ke bawah bagi mengelakkan kepak ayam tidak mengembang keluar ketika digoreng
Semoga para pembaca dapat menfaat daripada penulisan ini dan mencuba resepi ini.