Annyeong haseyo! Harini kita akan belajar resepi hangat dari Korea Selatan iaitu Ayam Goreng Korea. Ingin tahu cara-cara? Jom baca artikel ini:
Pengenalan
Zaman sekarang ni segala yang berkaitan dengan Korea Selatan pasti akan laris. Sebut sahaja kumpulan BTS atau Blackpink, mesti ramai yang kenal. Bukan itu sahaja, drama-drama dari Korea Selatan ini juga semakin mendapat tempat dihati masyrakat dunia. Senang kata, Korea Selatan senang mendominasi era ini.
Disebabkan ramai yang suka dengan budaya dari Korea Selatan ini, maka ramailah yang bercita cita ingin melancong atau duduk di Korea Selatan. Negara yang kaya dengan budaya dan adat resam itu sememangnya popular di kalangan para peminat Korea.
Tetapi di sebabkan pandemic, maka hasrat untuk melawat Negara Korea Selatan terpaksa ditangguhkan. Walaupun begitu, jangan risau rakan-rakan, anda masih boleh menikmati budaya Korea Selatan dengan masakana mereka!
Harini kita akan belajar cara masakan Ayam Goreng Korea. Dah bersedia untuk memasuki alam dunia Korea? Jom buat resepi ini.
Masa memasak: 45 minit
Jumlah hidangan: 2-5 orang
Bahan untuk Resepi Ayam Goreng Korea
Bahan-bahan untuk ayam goreng
- 1 ekor ayam (potong 16)
- 7 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 sudu gula
- Secubit garam
- 1 senduk tepung gandum
- 1 senduk tepung jagung
Bahan-bahan untuk sos:
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu cili kisar
- 2 sudu besar gula
- 4 sudu sos cili
- 3 sudu sos tomato
- 2 sudu madu
- 1 sudu jus lemon
- Gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak Resepi Ayam Goreng Korea
- Basuh ayam bersih-bersih
- Tumbuk semua bahan hingga lumat. (Nak guna blender pun boleh, cuma saya lagi suka tumbuk. Lagi sedap)
- Lumur pada ayam dan perapkan sekurang-kurangya selama 30 minit. (Sebaiknya 1-2 jam, tips: lagi lama perap lagi sedap)
- Campurkan tepung gandum dan tepung jagung sekali, pastikan ia sebati. (tidak perlu letak air)
- Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung.
- Gaul kan ayam dan tepung sehingga sebati
- Panaskan minyak, kemudian boleh goreng ayam.
- Goreng ayam sehingga keperengan sebelum diangkat.
Cara penyediaan sos
- Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing, ataupun sehingga naik bau
- Kemudian, masukkan pula sos cili, sos tomato, gula dan madu, kacau selama 1-2 minit
- Seterusnya, masukkan jus lemon dan kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali letak garam secukup rasa.
- Tuangkan sos yang telah siap tadi ke atas ayam goreng. Masakan siap dihidang!
Tips:
- Boleh guna drummet segera di pasar raya, lebih senang dan mudah untuk masak. .
Selamat mencuba resepi ayam masak korea ini