Resepi Ayam Masak Thai Yang Sedap

resepi ayam masak thai

Bagaimanakah cara memasak resepi ayam masak thai yang sedap? Artikel ini akan membincangkan cara memasak, bahan yang diperlukan dan tips-tips bagaimana masakan ini disediakan.

Pengenalan

Ayam masak Thai ni rasanya masam masam pedas sedikit. Sesuai dengan sesiapa yang suka dengan masakan Thai.

Rasanya yang tidak terlalu pedas, dan manis manis masam, sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat umur. Ingin tahu cara mudah untuk masak masakan ini? Ayuh baca resepi ini:

Masa memasak: 40-50 minit

Jumlah hidangan: 2-5 orang

Bahan Untuk Resepi Ayam Masak Thai

  • 1 ekor ayam (potong 8 atau 16)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • 3 batang serai, dititik
  • 7-8 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • Gula melaka
  • Garam
  • ½ biji bawang holland
  • Perahan jus limau nipis, (Boleh guna 1-2 biji limau)
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup
  • 4-5 biji cili merah besar
  • 1-2 cili hijau besar
  • 7-8 biji cili padi (boleh ubah suai ikut tahap kepedasan masing masing

Cara Memasak Resepi Ayam Masak Thai

  1. Basih keratin ayam bersih-bersih, buang lendir dan toskan.
  2. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit sehingga sebati.
  3. Kisar kan bawang merah kecil, bawang putih, kunyit, cil besar merah dan hijau, dan juga cili padi sekali. Kisar sehingga halus dan halus.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
  5. Apabila ayam selesai di goreng separuh masak, buang minyak gorengan tadi. Tinggal dalam 2 sudu minyak dalam kuali.
  6. Tumis serai hingga naik bau. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi dan gaul selama 7-8 minit. Pastikan bahan tadi di goreng hingga pecah minyak.
  7. Masukkan  pula separuh daun limau purut yang dibuang tulang tengah daunnya. Kemudian kacau lagi sehingga naik bau.
  8. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi kedalam kuali dan kacau.
  9. Seterusnya, masuk kan sos cili, sos tiram dan tambah sedikit air supaya berkuah.
  10. Tutup sekejap kuali selama 1-3 minit supaya ayam masak dan boleh resap kuah.
  11. Tambah baki lagi separuh daun limau purut kedalam masak, dan di ikuti dengan gula Melaka dan garam secukup rasa.
  12. Masukkan hirisan bawang Holland dan kacau sampai layu.
  13. Tutup api dan boleh perah kan jus limau tadi supaya rasa masam-masam. (Boleh ubah suai ikut tahap kemasam masing-masing)

Tips:

  1. Perahan limau haruslah ditambah setelah api ditutup. Jangan masuk awal sangat nanti pahit dan tak sedap rasanya.
  2. Kalau nak tambah kuah, boleh tambah bahan bahan untuk kisar tadi.

Selamat mencuba resepi ayam masak thai ini.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

fifteen − 3 =