Resepi Tomyam Campur Thai yang best!

Resepi Tom Yam campur

Bagaimanakah cara memasak resepi Tomyam campur Thai yang sedap dan mudah? Artikel ini membincangkan cara, bahan yang diperlukan dan tips untuk memasak resepi ini     

Pengenalan

Sawadikapp. Apa khabar semua? Harini penulis akan kongsikan satu resepi yang menjadi menu wajib kalau kita ke kedai makan. Jeng Jeng Jeng… resepi apa tu? Resepi Tomyam campur Thai!

Kalau cakap pasal tomyam, pasti kita akan teringat akan kedai atau warung yang menjadi tumpuan masyarakat Malaysia, yang memang suka dengan masakan tomyam, lagi-lagi untuk makan malam.

Sedikit pengenalan tentang Tomyam, ia adalah sup yang berasal daripada Thailand yang pada mulanya diperkenalkan sebagai hidangan keluarga Diraja Thailand pada abad ke-19. Rasa masam masam pedas Tomyam ni sangat  kena dengan tekak kita sebagai rakyat Malaysia. Nak tahu cara masak Tomyam? Ha jom baca artikel ini hingga habis. Penulis akan share resepi tomyam campus lazat ala Thai!

Masa untuk memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 1-2 orang

Bahan untuk Resepi Tomyam Campur Thai

  1. Dada ayam dua keeping (hiris kecil)
  2. Sotong segengam
  3. Udang segengam
  4. Pes tomyan (Tak kisah jenama)
  5. 1 biji bawang besar / atau bawang Holland
  6. 4 ulas bawang putih
  7. 2 batang Serai 6 helai daun limau purut
  8. Lengkuas Cili padi
  9. Akar ketumbar
  10. bunga kobis,
  11. putik jagung,
  12. ½ batang carrot,
  13. 2 biji tomato,
  14. Cendawan
  15. Susu cair sejat
  16. Daun ketumbar (hiris)

Cara Memasak Resepi Tomyam Campur Thai

  1. Basuh ayam, udang dan sotong bersih-bersih
  2. Hiris bawang besar (jangan halus atau kasar sangat, biasa-biasa je)
  3. Hiris bawang putih (boleh juga ketuk)
  4. Hiris serai dan lengkuas (heris sama macam bawang besar)
  5. Ketuk culi padi (jangan hancur)
  6. Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit dalam periuk
  7. Masukkan akar ketumbar. Cuci bersih-bersih dulu ye.
    (nota: akar daun ketumbar adalah rahsia sebenar kesedapan tomyam)
  8. Bila air mendidih. Masukkan ayam terlebih dahulu, hingga ayam bertukar warna putih (menunjukkan ayam dan masak)
  9. Masukkan pula semua bahan hirisan dan ketuk tadi, dan kacau sebati
  10. Masukkan 5-6 sudu pes tomyam tadi.
  11. Kacau sebati, dan boleh letak garam dan serbuk perasa secukup rasa
  12. Kemudian masuk kan sayur, udang dan sotong.
  13. Seterusnya masukkan sedikit susu cair sejat. (dalam 4 sudu besar,). Kacau sehingga sebati.
  14. Akhir sekali tabur daun ketumbar  dan siap dihidang!

Tips:

  • Udang dan sotong tak perlu masak terlalu lama
  • Tomyam sedap di makan dengan telur dadar, kalian goreng belacan dan nasi putih

Selamat mencuba resepi tomyam campur thai ini

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 + seven =