resepi ayam pad kra pao

Resepi Ayam Pad Kra Pao Yang Sedap

Jika anda penggemar restoran Thailand, anda pastinya pernah mencuba sekurang-kurangnya sekali hidangan ayam pad kra pao. Hari ini, saya akan berkongsi sebuah resepi ayam pad kra pao yang merupakan hidangan popular di  restoran Thai yang ‘authentic’.

Apa itu Ayam Pad Kra Pao?

Ayam pad kra pao atau dikenali sebagai ‘Thai Basil Chicken Rice’ di sesetengah restoran Thai merupakan ‘street-food’ popular di Thailand. Masakan ini menggunakan teknik masakan ‘stir-fry’ yang merupakan teknik masakan popular bagi masakan dari China.

Dalam hidangan ini, ayam dicincang dan dimasak bersama daun selasih Thai atau Bahasa Inggerisnya ‘Thai basil leaf’. Masakan ini tidak akan menjadi tanpa daun selasih tersebut. Daun selasih ini boleh dijumpai dengan mudah di pasaraya utama di seluruh Malaysia.  

Masa memasak: 45 minit

Jumlah Hidangan: 3-5 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Pad Kra Pao

Bahan-Bahan Asas:

  • 500g isi ayam (dicincang)
  • ½ sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • ½ sudu the gula
  • 1 genggam daun selasih Thai
  • 2 biji telur
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Yang Ditumbuk Halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 5-6 tangkai cili padi merah
  • 1 tangkai cili merah

Cara Penyediaan Resepi Ayam Pad Kra Pao

  1. Tumbukkan bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga lumat.
  2. Kemudian, panaskan sedikit minyak di atas kuali dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi. Kacau seketika sehingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan ayam yang telah dicincang bersama-sama lada sulah, sos tiram dan kacau sebati.
  4. Tambahkan pula kicap cair, kicap pekat manis, gula dan kacau lagi.
  5. Kemudian, masukkan daun selasih dan tutup api. Gaulkan masakan tadi sehingga daun selasih layu.
  6. Selesai memasak ayam pad kra pao, sediakan minyak panas di atas api sederhana untuk menggoreng telur mata.
  7. Hidangan ayam pad kra pao dan telur mata kini sedia untuk dihidang.

Tips Berguna

  • Resepi ini boleh digunakan untuk menggantikan ayam dengan daging atau makanan laut yang lain.
  • Ketika menggoreng telur, pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan telur.
  • Mengikut citarasa anda, sekiranya ingin masakan lebih pedas, boleh tambahkan lagi cili padi dan cili merah dalam masakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + nine =