resepi ayam pandan tha

Resepi Ayam Pandan Thai Yang Sangat Sedap

Salah satu makanan yang popular di negara Thailand ialah ayam pandan. Menu ayam pandan ini sering dipopularkan oleh restoran-restoran yang menyajikan makanan thai. Artikel pada kali ini akan membincangkan resepi tentang cara-cara membuat ayam pandan thai dengan bahan-bahan yang mudah.

Pengenalan

Resepi ayam pandan thai ini sangat mudah dan boleh dimasak sendiri dirumah. Menu ini juga semestinya sering kali dipesan oleh pelanggan-pelanggan yang berkujung ke restoran masakan thai ini.

Boleh juga dikatakan antara menu kedua paling banyak dipesan selepas tomyam thai. Bahan perapan yang boleh digunakan hanya barang biasa di dapur seperti bawang besar, halia dan lain-lain yang akan menjadikan menjadikan tekstur ayam tersebut lebih lembut dan sedap.

Ia juga mennjadikan ayam tersebut menjadi wangi kerana dibaluti oleh daun pandan. Nikmatilah resepi ini.

Masa penyediaan: 45 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Pandan Thai

Bahan asas

  • Setegah ekor ayam yang telah dipotong kecil seakan-akan berbentuk kiub.
  • 2 sudu serbuk cili
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar jintan manis
  • Daun pandan yang secukupnya
  • Beberapa batang pencungkil gigi
  • Garam

Bahan-bahan untuk dikisar halus.

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 ketul kunyit hidup

Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Pandan Thai

  • Basuh ayam tersebut sehingga bersih dan toskan daripada air basuhan tadi.
  • Tambahkan bahan yang telah dikisar halus bersama serbuk cili, serbuk ketumbar, jintan manis dan bahan-bahan lain.
  • Gaulkan ayam yang telah dibasuh dengan kesemua bahan termasuk bahan yang telah dikisar halus.
  • Perap ayam yang telah digaul selama setangah jam atau lebih.
  • Selepas perap, balut ayam tersebut dengan daun pandan seperti cara membalut ketupat.
  • Cucuk dengan pencungkil gigi supaya daun pandan tersebut tidak terbuka.
  • Panaskan minyak masak yang secukupnya dan boleh mula menggoreng ayam tersebut dengan api yang sederhana sehingga ayam masak.
  • Angkat ayam tersebut dan toskan daripada minyak masak.
  • Hidangkan ayam bersama sos cili thai.

Tips:

  • Berpada-pada apabila meletakkan garam kerana kita sudah menambah kicap cair dalam bahan perap kerana dikhuatiri terlebih masin.
  • Serbuk kunyit juga bole digunakan untuk menggantikan kunyit hidup.

Selamat mencuba resepi ayam pandan thai ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + 13 =