resepi ayam masak ungkep

Resepi Ayam Masak Ungkep yang Menyelerakan

Pelbagai menu atau lauk pauk yang menjadi kegemaran para suri rumah. Pelbagai juga menu yang boleh dimasak di waktu tengah hari atau makan malam. Salah satu lauk yang boleh dijadikan menu utama ialah ayam masak ungkep. Artikel pada kali ini akan membincangkan resepi ayam masak ungkep yang sangat sedap.

Pengenalan

Resepi ayam masak ungkep ini telah dipopularkan daripada masyarakat dari etnik jawa. Kini, terdapat banyak restoran yang menyediakan masakan jawa atau daripada Indonesia. Ini adalah salah satu daya tarikan untuk kita mencuba masakan daripada etnik yang lain.

Masakan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sama ada daripada orang jawa sendiri ataupun orang melayu. Ini kerana, bahan-bahannya mudah didapati dan rasanya seakan-akan sama dengan rendang orang melayu. Oleh itu, nikmatilah resepi yang menyelerakan ini.

Masa penyediaan: 20 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Ungkep

Bahan Asas

  • Separuh ekor ayam yang telah dipotong kecil
  • 1 batang serai
  • 1-2 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • Minyak masak

Bahan-Bahan yang perlu dikisar bersama.

  • 8-10 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 2-3 inci halia
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • 8-10 biji cili padi

Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Masak Ungkep.

  • Basuh ayam sehingga bersih dan toskan daripada air basuhan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis serai yang telah diketuk hujugnya.
  • Apabila sudah naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi.
  • Tumis kesemua bahan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam yang telah dibasuh tadi dan gaul ayam tersebut bersama bahan-bahan di dalam kuali sehingga ayam tersebut masak.
  • Tambahkan sedikit air ke dalam masakan dan kacau supaya ayam tadi tidak hangus.
  • Tambahkan garam dan gula sebagai penambah perasa mengikut citrasa masing-masing.
  • Masak sehingga ayam tadi menjadi empuk dan kuah ungkep tersebut menjadi kering seakan-akan rendang.
  • Apabila ayam sudah mejadi empuk, tutup api dan hidangkan di dalam pinggan.

Tips:

  • Perlulah pastikan bahan-bahan tumisan tadi telah dimasak sehingga pecah minyak kerana dikhuatiri cili padi yang di dalam bahan tumisan tersebut tidak masak sepenuhnya.

Selamat mencuba resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + one =