resepi ayam mentega

Resepi Ayam Mentega Menyelerakan dan Mudah

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi ayam mentega yang sedap tapi mudah untuk disediakan? Ayam mentega kebiasaannya mudah untuk didapati di restoran hipster dan hotel.

Kebiasaannya ayam mentega ini dijual dengan harga yang agak tinggi. Rasanya jugak sangat sedap dan unik dengan rasa manis, masin, berlemak dan sedap. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak ayam mentega yang sedap dan mudah.

Pengenalan

Ayam mentega ini bukanlah satu menu masakan melayu yang sering dimasak oleh ibu-ibu. Menu ini sering didapati di kedai makan hispter dan juga hotel. Oleh kerana menu ayam mentega ini sangat mudah untuk disediakan, ia makin popular dan sering disediakan oleh ibu-ibu sekarang.

Malah, menu ayam mentega ini sesuai untuk dihidangkan untuk kanak-kanak kerana rasanya yang tidak terlalu pedas dan sedap lemak berkrim. Mari kita cuba resepi ayam mentega seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Mentega

Bahan-bahan untuk Ayam

  • Segenggam isi ayam (dipotong kecil)
  • Sebiji telur
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Minyak masak

Bahan-bahan untuk kuah

  • 5 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 5-6 tangkai cili padi (dipotong halus & bergantung kepada kepedasan masing-masing)
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Sedikit lada sulah atau lada hitam
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dalam air)

Cara Penyediaan Resepi Ayam Mentega

Cara – cara menggoreng ayam:

  1. Perapkan isi ayam bersama telur, lada sulah dan garam selama lebih kurang 15 minit.
  2. Celupkan isi ayam yang telah diperap ke dalam campuran tepung jagung dan tepung gandum.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Goreng celupan isi ayam di dalam minyak yang telah panas. Angkat dan toskan minyak.

Cara – cara memasak ayam mentega:

  1. Panaskan mentega sehingga cair.
  2. Masukkan bawang putih yang telah dicincang bersama daun kari sehingga naik bau dan diikuti dengan cili padi.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat, gula, garam dan lada sulah. Sesuaikan rasa mengikut citarasa masing-masing.
  4. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah menjadi pekat yang diinginkan.
  5. Apabila kuah sudah siap dan rasa sudah sekata, matikan api. Kemudian, baru tuangkan ayam yang sudah digoreng sebentar tadi. Bolehlah hidangkan bersama nasi putih panas. Selamat mencuba.

Tips berguna:

  • Goreng ayam dengan api yang kecil dan tutup periuk menggunakan penutup periuk sepanjang tempoh menggoreng agar ayam masak sekata dan tidak mudah hangit.
  • Matikan dahulu api kemudian masukkan ayam yang telah digoreng agar kerangupan ayam masih dikekalkan.

Selamat mencuba resepi ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 7 =