Resepi Ayam Black Pepper Simple dan Sedap

resepi ayam black pepper

Bagaimanakah cara memasak resepi ayam black pepper? Artikel ini membincangkan cara, bahan memasak dan tips untuk resepi ayam black pepper ini.

Pengenalan

Artikel kali ni mungkin akan membantu serba sedikit ibu ibu yang  bekerja diluar untuk menyediakan makanan keluarga. Kali ni penulis nak ajak anda untuk sama sama melihat dan belajar resepi yang paling mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak. Resepi kali ini mudah didapati bahan bahannya dan mungkin bahan bahan ni sudah ada dirumah anda. Anda tidak perlu risau kekurangan bahan untuk dimasak.

Ayam masak black pepper atau ayam masak lada hitam adalah masakan yang mudah dan cepat akan tetapi sedap dimakan. Aroma yang wangi ketika masak pasti membangkit selera makan keluarga anda. Mesti tak sabar kan? Jom! Kita lihat resepi mudah ayam masak black pepper ini.

Masa penyediaan: 15-20 minit

Hidangan makan: 3-4 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Black Pepper

  • 300 gram ayam
  • 5 biji cendawan butang segar atau tomato segar
  • 1 biji lobak merah
  • daun bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 biji bawang besar,
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Resepi Ayam Black Pepper

  1. Potong ayam mengikut saiz yang anda mahukan dan basuh dengan tepung untuk hilangkan bau hanyir dekat ayam.
  2. Hiriskan bawang putih dan halia halus halus
  3. Bawang besar dipotong bulat dan ketepikan
  4. Potong cendawan bulat atau tomato kepada 4 bahagian dan ketepikan.
  5. Potong lobak merah dan daun bawang halus (akan digunakan sebagai hiasan) dan ketepikan kesemua bahan bahan tadi
  6. Gaulkan ayam dengan garam dan ketepikan seketika
  7. Panaskan minyak didalam kuali dengan menggunakan api yang besar
  8. Gorengkan ketulan ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan ayam tadi.
  9. Gunakan minyak yang sama (anggaran 1/2 senduk minyak) dan tumiskan hirisan bawang putih dan halia sehingga naik aroma wangi.
  10. Masukkan pula serbuk lada hitam, minyak biijan  dan kicap manis. Kacau seketika sehingga mengelegak
  11. Kemudian masukan tomato atau cendawan butang dan kacau sehingga sedikit layu.
  12. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan kacau lagi
  13. Masukan bawang besar dan kacau sehingga bawang kelihatan lembik sedikit
  14. Masukkan campuran  air dan tepung jagung untuk menjadikan kuah anda pekat
  15. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan seketika
  16. Masukkan lobak merah dan biarkan selama 5 minit
  17. Angkat dan taburkan daun bawang untuk hiasan ayam black peper anda

Tips:

  • Jika anda menggunakan cendawan bulat, jangan masak terlalu lama takut cendawan akan menjadi lembik 
  • Makan bersama nasi yang panas dan telur dadar yang digoreng garing

Selamat mencuba

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

11 − four =