Resepi Ayam Sos Tiram yang Ringkas, Pantas dan Enak

resepi ayam sos tiram

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi ayam sos tiram yang ringkas, pantas dan enak untuk disediakan? Ayam sos tiram ini merupakan menu yang sesuai untuk dimasak oleh ibu-ibu yang sibuk dan memerlukan menu yang mudah, cepat tapi enak untuk disediakan.

Bahan-bahan untuk ayam sos tiram ini juga tidak banyak dan mudah untuk didapati. Rasanya juga yang kurang pedas sangat sesuai untuk seisi keluarga. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan ayam sos tiram yang mudah dan cepat.

Pengenalan

Ayam sos tiram hampir sama rupanya dengan ayam kicap. Tapi, ayam sos tiram mempunyai rasa yang manis-manis masin dan ada aroma sos tiram.

Tidak terlalu pedas dan sangat sesuai dihidangkan untuk anak-anak. Penyediaannya juga sangat mudah dan cepat. Mari kita cuba resepi ayam sos tiram yang ringkas, cepat dan sedap seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Sos Tiram

  • 2 ekor ayam (dibasuh dan dipotong sederhana kecil)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang atau diketuk)
  • 2 biji bawang besar (sebiji dihiris dan sebiji lagi dipotong bulat)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 8 tangkai cili padi atau cili kering (dipotong dua)
  • 1 sudu kecil lada sulah/lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram (untuk perapan ayam)
  • 1 sudu besar kicap pekat (untuk perapan ayam)
  • 1 sudu besar kicap manis (untuk perapan ayam)
  • 3 sudu besar sos tiram (untuk kuah)
  • 2 sudu besar kicap manis (untuk kuah)
  • 1 sudu besar kicap pekat (untuk kuah)
  • Sedikit air
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara memasak ayam sos tiram

  1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Gaulkan ayam bersama sos tiram, kicap pekat dan kicap manis sehingga sebati. Kemudian, perapkan ayam selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, gorengkan ayam yang telah diperap sehingga sedikit masak. Angkat dan toskan minyak.
  3. Kemudian, dengan anggaran 1 senduk kecil minyak yang panas, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan dan naik aroma.
  4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, lada hitam dan sedikit air. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Masak seketika sehingga kuah agak pekat.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi diikuti dengan bawang besar yang dipotong bulat dan cili padi. Rasa kuah dan baiki mengikut citarasa masing-masing. Masak sehingga semua ramuan cukup dan sekata.
  6. Apabila semua rasa sudah seimbang, bolehlah hidangkan bersama nasi putih panas. Selamat mencuba

Tips berguna:

  • Gorengkan ayam dalam api yang sederhana kecil agar ayam masak sekata dan angkat ayam apabila ayam hampir masak agar ayam menjadi tidak terlalu keras.

Selamat mencuba resepi ayam sos tiram ini.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

fifteen + 18 =