Resepi Ayam Popcorn Rangup dan Sedap

resepi ayam popcorn

Bagaimanakah cara untuk menyediakan resepi ayam popcorn yang rangup dan sedap untuk disediakan? Ayam popcorn sangat sesuai untuk dijadikan sebagai menu kudapan sambil menonton TV.

Ia juga menjadi menu kegemaran kanak-kanak. Ayam popcorn yang enak adalah bergantung kepada kerangupannya dan lebih enak kalau dicicah bersama sos cili, mayonis dan sos keju.

Boleh juga kalau dicampur dan digoncangkan bersama serbuk cili seperti ayam gunting yang sering dijual di pasar malam. Bergantung kepada selera masing-masing.

Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan ayam popcorn yang rangup dan sedap untuk kudapan.

Pengenalan

Ayam popcorn merupakan menu kudapan yang sesuai untuk seisi keluarga dengan isi ayam yang dipotong kecil dan disaluti tepung seterusnya digoreng rangup.

Terdapat banyak ayam popcorn segera yang dijual di pasaraya. Tapi untuk mengekalkan kesegaran dan kesihatan, kita boleh menghasilkan ayam popcorn yang berkhasiat di rumah. Mari kita cuba resepi ayam popcorn yang rangup seperti di bawah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan untuk Resepi Ayam Popcorn

  • Semangkuk isi ayam (dibasuh dan dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil lada hitam/lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak Resepi Ayam Popcorn

  1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Gaulkan ayam bersama bawang putih, garam, lada hitam, serbuk cili dan serbuk kari sehingga sebati. Kemudian, perapkan ayam selama 20-30 minit.
  2. Satukan bahan-bahan seperti tepung gandum dan tepung jagung di dalam mangkuk yang lain. Ratakan tepung agar sebati
  3. Pecahkan dan pukul telur di dalam mangkuk yang lain.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Gaulkan ayam yang telah diperap di dalam campuran tepung agar tersalut penuh. Kemudian, gaulkan pula ke dalam telur dan diikuti dengan gaulkan ayam di dalam bancuhan tepung lagi sekali agar ayam betul-betul tersalut penuh dengan tepung.
  6. Apabila minyak sudah panas, gorengkan salutan ayam tadi. Goreng dengan api yang sederhana kecil dan tutup kuali dengan penutup kuali. Gorengkan sehingga masak.
  7. Maka, siaplah ayam popcorn kita. Bolehlah dicicah bersama sos cili, mayonis dan sos keju ataupun salutkan bersama serbuk cili seperti ayam gunting. Selamat mencuba

Tips berguna:

  • Gorengkan ayam dalam api yang sederhana kecil dan ditutup dengan penutup periuk agar ayam masak sekata dan tidak hangit. Pastikan sebelah ayam betul-betul masak sebelum dibalikkan ke sebelah lain agar tepung ayam tidak terlerai.

Selamat mencuba resepi ayam popcorn ini

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 13 =