resepi corn dog

Resepi Corn Dog yang Rangup dan Sedap

Corn dog merupakan makanan ringan dari korea yang semakin popular di Malaysia sejak 3 tahun yang lalu. Corn dog merupakan sosej yang dibalut dengan keju mozarella atau kepingan keju yang kemudian dibalut dengan bancuhan tepung. Kemudian, disalut dengan serbuk roti untuk menambahkan lagi kerangupan corn dog. Corn dog ini kemudiannya akan digoreng dalam minyak yang banyak. Corn dog sedap dimakan bersama sos keju dan sos cili. Yang membuatkan corn dog ini istimewa adalah apabila dimakan, keju mozarella yang cair akan ditarik apabila digigit. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan resepi corn dog yang rangup dan sedap.

Pengenalan

Corn dog mempunyai pelbagai variasi. Antaranya adalah corn dog yang menggunakan kepingan keju cheddar dan ada yang menggunakan keju mozarella. Untuk salutan pula, ada yang menggunakan serbuk roti, ada yang menyalut dengan jejari kentang, ada yang menyalut bersama empingan jagung malah ada juga yang tidak menyalut dengan sebarang salutan.

Namun, apa yang pasti corn dog sentiasa menjadi pilihan setiap golongan umur kerana rasanya yang enak. Cara penyediaannya juga amat mudah. Oleh itu, saya akan kongsikan resepi corn dog seperti di bawah.

Masa Memasak: 1 jam 30 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Corn Dog yang Rangup dan Sedap

  • 1 paket sosej
  • 1 cawan tepung gandum serbaguna
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 cawan susu segar
  • Kepingan keju cheddar atau keju mozarella
  • Serbuk roti (untuk salutan)
  • Batang lidi secukupnya

Cara- cara menyediakan resepi Corn Dog

1. Di dalam bekas, satukan tepung gandum serbaguna, gula, garam dan serbuk penaik. Gaul sebati semua bahan kering.

2. Kemudian, masukkan telur bersama susu segar yang telah disejukkan. Kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul. Ketepikan dahulu.

3. Cucuk sosej dengan menggunakan batang lidi secara menegak. Balut sosej dengan kepingan keju cheddar ataupun cucuk separuh sosej dan separuh keju mozarella. Bergantung kepada citarasa anda.

4. Kemudian, sejukkan terlebih dahulu sosej yang telah dicucuk di dalam peti sejuk agar sosej mudah untuk dicelup di dalam adunan tepung.

5. Alihkan adunan tepung yang telah kita sediakan sebentar tadi ke dalam gelas yang tinggi agar mudah untuk dicelup. Selepas itu, celupkan keseluruhan sosej dengan adunan tepung tadi.

6. Angkat lalu salutkan dengan serbuk roti.

7. Kemudian, goreng corn dog ke dalam minyak panas yang telah panas dan banyak. Goreng sehingga corn dog berubah warna dan menjadi garing.

8. Apabila corn dog telah siap digoreng, anda boleh letakkan sos cili, mayonis dan sos keju ke atas corn dog tersebut. Dan selamat untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × two =