Chicken grill merupakan sejenis ayam yang dibakar. Terdapat pelbagai variasi cara menyediakan ayam grill ini. Menu ini juga sesuai dijadikan menu sihat untuk orang yang sedang berdiet. Malahan boleh juga dijadikan sebagai ayam BBQ untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Dan ia juga boleh dijadikan ayam golek. Resepi ini boleh diolah mengikut kesesuaian anda. Chicken grill ini sedap jika dimakan bersama sos lada hitam. Oleh itu, saya juga akan kongsikan cara untuk menghasilkan sos lada hitam yang sedap untuk dimakan bersama chicken grill. Cara penyediaan chicken grill ini sangat mudah. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak chicken grill yang sedap dan lembut.
Pengenalan
Chicken grill ini biasanya kita makan di kedai makanan barat yang dihidangkan bersama kentang putar, sayur dan sos lada hitam. Ianya sama hidangan dengan chicken chop cuma cara penyediaan dan cara memasak yang berlainan. Cara penyediaannya amat mudah. Oleh itu, saya akan kongsikan resepi chicken grill seperti di bawah.
Masa Memasak: 1 jam 30 minit
Jumlah Hidangan: 5-6 orang
Bahan-bahan Masakan Resepi Chicken Grill yang Sedap dan Lembut
Bahan-bahan Chicken Grill
- 1 ekor ayam
- 7 sudu besar sos lada hitam
- 5 sudu besar sos tiram
- 5 sudu kicap manis
- 5 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 kiub stok ayam
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 inci halia (ditumbuk halus)
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan-bahan Sos Lada hitam
- Mentega
- 3 ulas Bawang putih (dicincang halus)
- 1 biji Bawang holland (dicincang halus)
- 8 sudu besar Sos Lada Hitam
- 2 sudu besar Kicap manis
- 3 sudu besar Serbuk Lada Hitam (ditumbuk kasar)
- 3 sudu besar Tepung gandum
- 1 cawan Air masak
- 1 sudu besar Stok ayam
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
Cara- cara menyediakan Chicken Grill
1. Basuh dan bersihkan ayam kemudian toskan air. Lap ayam sehingga kering agar bahan perap cepat menyerap ke dalam ayam.
2. Setelah ayam sudah kering, cucukkan bahagian isi dengan garpu atau pisau sebelum ayam diperap.
3. Masukkan garam, gula, stok ayam dan serbuk lada hitam ke atas ayam kemudian sapukan rata ke seluruh ayam.
4. Masukkan pula sos tiram, sos lada hitam dan sos cili. Gaulkan rata pada seluruh ayam.
5. Kemudian, masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk sebentar tadi.
6. Perapkan ayam 3 jam atau lebih. Untuk rasa yang lebih sedap, perapkan semalam.
7. Kemudian, bakar ayam dalam oven atau atas non-stick pan dengan api yang kecil agar ayam bakar masak sekata.
8. Akhir sekali, apabila ayam sudah siap dibakar, bolehlah dimakan bersama sos lada hitam.
Cara- cara menyediakan Sos Lada Hitam
1. Di dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang holland. Masak sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan.
3. Masukkan air bersama sos lada hitam dan kicap manis. Gaulkan sekata.
4. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam, stok ayam, garam dan gula.
5. Masak sehingga kuah pekat. Ubahsuai rasa mengikut citarasa masing-masing.
6. Bolehlah dihidangkan bersama chicken grill.
Selamat mencuba.