resepi daging lada hitam

Resepi Daging Lada Hitam Kesukaan Ramai

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi daging lada hitam (blackpepper) yang sedap? Menu daging lada hitam merupakan antara menu daging yang popular dan mudah untuk disediakan. Selain itu menu ini juga boleh dijamah bersama nasi putih ataupun dengan nasi goreng. Ia sesuai untuk dihidangkan semasa juadah makan tengah hari atau makan malam.

Pengenalan

Menu daging lada hitam merupakan hidangan yang ringkas dan mudah untuk dimasak. Ia juga sedap dan menjadi kesukaan ramai. Gabungan daging dan lada hitam adalah amat sesuai dan tidak jemu untuk dimakan. Anda juga boleh menggunakan sama ada daging lembu atau daging kambing dalam masakan ini mengikut selera anda. Ada juga yang menggunakan bahagian daging sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa yang lebih enak. Mari kita cuba memasak resepi daging lada hitam yang istimewa ini di rumah.

Saiz hidangan: 3-4 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Daging Lada Hitam

  • 500g daging (ambil sedikit bahagian berlemak)
  • 1 biji bawang holland (dipotong gelang)
  • 5 biji cili api (dibelah tengah)
  • 1 batang daun bawang
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 2 sudu besar lada putih
  • 3 sudu besar serbuk perencah lada hitam (jika tiada boleh gantikan dengan sos lada hitam)
  • minyak secukupnya

Cara-Cara Memasak Resepi Daging Lada Hitam

  1. Perapkan daging yang dihiris nipis bersama kicap pekat, sos tiram, kicap manis dan lada putih selama 15 minit. Lebih lama lebih sedap (anggaran 30 minit).
  2. Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap. Goreng sehingga empuk dan sedikit garing.
  3. Masukkan serbuk perencah lada hitam. Gaulkan, tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
  4. Masukkan bawang holland dan cili api. Masak sehingga ia sedikit layu.
  5. Akhir sekali, masukkan taburan daun bawang, gaulkan dan tutup api.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Boleh tambahkan cili capsicum jika suka dan lebih nampak menarik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − 17 =