resepi asam pedas daging

Resepi Asam Pedas Daging Pasti Sedap

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi asam pedas daging yang sedap? Asam pedas merupakan menu yang sering menjadi pilihan untuk makan tengahari. Selain daging, terdapat jenis menu asam pedas yang lain seperti asam pedas ikan kembung, asam pedas ikan pari, asam pedas ayam dan lain-lain. Masakan asam pedas ini sesuai untuk dijamah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Pengenalan

Asam pedas daging merupakan sejenis masakan pedas yang sesuai dihidangkan semasa makan tengahari bersama nasi putih. Pedasnya masakan ini adalah kerana ia menggunakan cili kering kisar. Selain itu, aroma dan kesedapan asam pedas daging juga dilengkapi dengan penggunaan belacan dalam masakan. Bagi mereka yang sukakan masakan pedas, anda perlu mencuba untuk memasak resepi asam pedas daging ini di rumah. Mari kita pelajari cara-cara memasak menu asam pedas daging yang mudah dan sedap ini.

Saiz hidangan: 3-4 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Asam Pedas Daging

  • 500g daging
  • 5 ulas bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 inci belacan *
  • 1 batang serai dititik
  • 7 sudu besar cili kering kisar (boleh lebihkan jika mahu lebih pekat dan lebih pedas)
  • 1 biji kentang besar dipotong dadu
  • Beberapa helai daun kesum
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • Sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukupnya

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Asam Pedas Daging

  1. Kisarkan bahan-bahan bertanda * sehingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan cili kering kisar dan serai yang telah dititik. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Selepas itu, masukkan sedikit air, kentang dan daging yang telah dihiris nipis. Masak sehingga kentang dan daging menjadi empuk.
  5. Kemudian masukkan daun kesum, pes asam jawa dan tomato.
  6. Setelah tomato lembut, perasakan kuah dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Anda boleh merebus daging terlebih dahulu sehingga empuk sebelum memasukkannya ke dalam masakan.
  • Gunakan bahagian daging batang pinang jika mahu tekstur daging lebih lembut dan tidak liat.
  • Untuk mendapatkan kuah yang lebih pekat boleh tambahkan sebiji buah keras dalam bahan-bahan kisar halus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =