resepi kacang panjang goreng

Resepi Kacang Panjang Goreng Yang Sedap

Terdapat pelbagai menu atau sajian sayur yang selalu menjadi pelengkap untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam. Salah satu sajian yang menjadi kebiasaan suri rumah ialah sajian kacang panjang goreng. Artikel pada kali ini akan membincangkan resepi kacang panjang goreng yang sangat sedap dan mudah.

Pengenalan

Resepi kacang panjang goreng ini selalunya dikategorikan sebagai salah satu masakan kampung. Ia dihidangkan tatkala  menjamu hidangan di kampung. Ia juga selalunya dipadankan dengan ayam goreng atau ikan goreng.

Resepi ini menjadi pilihan suri rumah kerana penyediaannya yang mudah dan menjadi kegermaran semua lapisan masyarakat. Ia juga mengandungi khasiat yang cukup dan seimbang.

Masa penyediaan: 15 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Kacang Panjang Goreng

Bahan Asas

  • Minyak masak
  • Tauhu putih
  • Kacang Panjang
  • Telur
  • Sos tiram
  • Lobak merah
  • Telur
  • Cili merah
  • Garam

Bahan-bahan yang perlu dikisar

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Penyediaan Resepi Kacang Panjang Goreng.

  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu yang telah dipotong kecil tadi sehingga garing dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak kembali dan kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga berbau wangi.
  3. Masukkan lobak merah yang telah dipotong kecil tadi sehingga lobak merah tersebut kelihatan lembut sedikit dan masukkan kacang panjang pula.
  4. Tambahakan 2 sudu sos tiram ke dalam masakan dan gaul sebati.
  5. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  6. Masukkan 1 biji telur dan hancurkan telur tersebut.
  7. Tambahkan garam dan perasa secukupnya mengikut citarasa anda.
  8. Potong cili merah secara kecil dan masukkan ke dalam masakan.
  9. Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi ke dalam masakan.
  10. Gaul seketika dan sedia untuk dihidang.

 Tips:

  • Tidak perlu tambah garam terlalu banyak kerana sos tiram tersebut sudah berasa masin
  • Kacang panjang jangan digoreng terlalu lama kerana dikhuatiri akan menjadi lembik. Kacang panjang sedang dimakan rangup walaupon selepas digoreng.

Selamat mencuba resepi kacang panjang yang enak ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − five =