Resepi Kari Ayam

Resepi Kari Ayam Yang Mudah dan Sedap

Hmmm nak masak apa ya kita harini? Sekiranya anda sudah sampai ke laman ini maka nampaknya hasrat hati tu nak masak resepi kari ayam kan? Baiklah, pada artikel kali ini, saya akan membantu anda untuk menghasilkan hidangan istimewa kari ayam yang dijamin mudah dan sedap. Jom kita mulakan.

Apa itu Kari Ayam?

Kari merujuk kepada sebuah hidangan yang lazimnya dipadankan dengan kaum India yang kaya dengan rempah ratus. Kari-kari buatan Malaysia biasanya menggunakan serbuk kari yang terdiri daripada, rempah kari, kunyit, santan, bawang merah, halia, belacan, cili, dan bawang putih serta asam Jawa yang diproses bersama. Hidangan kari boleh digandingkan dengan pelbagai pilihan protein seperti ayam, daging, udang, ikan, telur dan sebagainya.

Masa untuk memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang makan

Bahan Masakan Resepi Kari Ayam

Bahan-Bahan Asas:

  • 500g ayam (diperap seketika bersama 1 sudu besar  rempah kari dan garam secukupnya)
  • 3 biji kentang (dibelah 4)
  • 1 paket kecil rempah kari Adabi (dibuat pes dengan mencampurkan dengan sedikit air panas)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • ½ kotak santan kotak 200ml
  • Garam (secukup rasa)

Bahan Yang Dihiris Nipis

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Bahan Hiasan:

  • 1 tangkai daun kari

Cara Penyediaan Resepi Kari Ayam

  1. Panaskan satu senduk minyak
  2. Goreng ayam yang telah diperap seketika sehingga kekuningan (jangan sampai garing)
  3. Kemudian, tos ayam tersebut dan ketepikan.
  4. Seterusnya, tumiskan bawang merah dan putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  5. Masukkan pes serbuk kari yang telah disediakan tadi dan gaul rata sehingga pecah minyak.
  6. Selepas itu, tambahkan santan beserta air secukupnya dan masukkan kentang.
  7. Apabila kentang sudah hampir empuk, masukkan ayam yang telah digoreng seketika tadi.
  8. Taburkan daun kari dan garam secukupnya di dalam masakan. Kacau seketika dan kari ayam anda sedia untuk dihidang.

Tips Berguna

  1. Untuk menumis kari, pastikan kuantiti minyak banyak sedikit agar apabila kita memasukkan santan, minyaknya timbul sedikit untuk rasa yang lebih sedap.
  2. Sentiasa pastikan bahan ditumis sehingga pecah minyak agar masakan tahan lebih lama dan rasanya juga lebih enak.
  3. Setelah memasukkan santan di dalam masakan, kuah perlulah sentiasa dikacau. Hal ini untuk mengelakkan santan berketul dan memastikan rupa kuahnya lebih elok.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 6 =