Resepi Mee Hailam

Resepi Mee Hailam Sedap dan Simple

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi mee hailam yang sedap tapi simple untuk disediakan? Mee hailam yang sedap jarang untuk didapati di kedai makan. Hal ini kerana, mee hailam yang sedap adalah apabila kuahnya banyak, sedikit pekat dan juga berwarna gelap. Mee hailam juga amat mudah untuk disediakan dan cepat.

Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan mee hailam yang sedap tapi simple.

Pengenalan

Mee hailam semestinya menjadi menu pilihan buat sesiapa yang menggemari mee yang berkuah, menu santai pada petang atau malam hari, simple, sedap dan cepat untuk disediakan. Bahan-bahan untuk mee hailam juga amat mudah didapati dan kebanyakkannya memang sudah tersedia di dapur anda. Mari kita cuba resepi mee hailam seperti di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4-5 orang

Bahan untuk Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan Asas

  • 1 paket mee kuning (dibasuh bersih, dicelur dan ditoskan)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis (secukupnya sehingga kuah berwarna gelap)
  • 3 biji bawang merah (dihiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar lada kering kisar
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Segenggam isi ayam (dibasuh bersih dan dipotong kecil)
  • 5 ekor udang (dibasuh bersih)
  • Sedikit sotong (dibasuh bersih dan dipotong bulat)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong nipis)
  • 1 ikat sayur sawi (dipotong dan dibasuh bersih)
  • 1 biji tomato (dipotong kepada 8 bahagian)
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh bersama sedikit air)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (secukup rasa)
  • Air secukupnya (anggaran 3 cawan)

Bahan-bahan Lain

  • Bawang goreng
  • Cili besar merah (dihiris nipis)
  • Daun sup atau daun bawang (dipotong nipis)
  • Limau kasturi yang telah dipotong dua
  • Cili padi potong (jika sukakan pedas)2 sudu besar sos tiram

Cara Memasak Resepi Mee Hailam

  1. Basuh bersih dan potong sayur seperti tomato, sawi, lobak merah, daun sup, cili besar merah, cili padi dan limau kasturi.
  2. Kemudian, potong dan basuh bersih isi ayam, udang dan sotong.
  3. Panaskan air sehingga mendidih kemudian celurkan mee kuning anggaran 4-5 minit dan toskan.
  4. Panaskan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, tumiskan hirisan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  5. Masukkan lada kering kisar, kacau sehingga benar-benar masak.
  6. Masukkan isi ayam dan serbuk lada sulah, kacau sehingga isi ayam masak dan kering.
  7. Masukkan lobak merah dan batang sawi. Masak sehingga layu.
  8. Kemudian, masukkan air secukupnya, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, udang, garam, gula dan serbuk perasa. Renehkan kuah sebentar.
  9. Seterusnya, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga kuah pekat seperti yang diingini. Dan masukkan juga sotong.
  10. Kemudian, masukkan hirisan tomato dan daun sawi sehingga kuah mendidih.
  11. Masukkan mee kuning yang telah dicelur dan gaul sebati semua bahan.
  12. Apabila semua bahan sudah sebati dan rasa sudah sekata, bolehlah dihidangkan bersama daun sup, bawang goreng, cili besar merah, cili padi potong dan limau kasturi. Selamat mencuba.

Tips berguna

  • Sotong dimasukkan akhir sekali supaya sotong tidak menjadi terlalu keras dan liat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × two =