Jika anda mencari resepi sambal tumis ikan kembung yang sedap, di sini kami ada sediakan. Pada artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda dengan cara cara untuk memasak, penyediaan bahan bahan yang diperlukan untuk resepi ini serta tips berguna berkaitan hidangan ini.
Pengenalan
Hidangan ala ala masakan kampung ini mempunyai peminatnya tersendiri, penuh dengan rasa pedas sambal yang enak dan rasa ikan kembung yang rangup digoreng.
Hidangan ini enak di makan dengan sayuran yang ditumis ataupun jika anda mahu makan bersama dengan sambal belacan juga boleh. Ianya satu hidangan yang ringkas tapi enak untuk di makan.
Jadi tanpa banyak membuang masa anda lagi, mari kita lihat resepi nya di bawah.
Masa penyediaan : 15 minit
Masa memasak : 10 minit
Jumlah Hidangan : 4 hingga 6 orang
Bahan untuk Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung
- 6 ekor ikan kembung
- 1 senduk cili kisar
- 4 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar sos tiram (jika perlu)
- Setengah mangkuk kecil air asam jawa
- 1 biji bawang besar potong bulat
- Gula
- Minyak untuk menumis
- 4 ulas bawang putih(untuk dikisar halus)
- 4 hingga 5 biji bawang merah (untuk dikisar halus)
- Setengah inci halia (untuk dikisar halus)
Cara Penyediaan Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung
- Bersihkan ikan kembung terlebih dahulu
- Bersihkan dengan menggunakan garam dan serbuk kunyit
- Panaskan minyak untuk mula menggoreng ikan
- Goreng ikan kebung yang sudah anda bersihkan tadi
- Apabila mulai masak, angkat dan asingkan
- Panaskan semula minyak masak, gunakan kuantiti yang sesuai untuk menumis
- Tumis bahan yang sudah dikisar tadi hingga naik bau dan pecah minyak
- Kacau dengan api yang perlahan dan masukkan cili kisar, kacau sehingga pecah minyak
- Masukkan sos cili, sos ikan, sos tiram dan air asam jawa.
- Kacau hingga sebati, jika sambal nampak terlalu kering, anda boleh masukkan sedikit air
- Masukkan pula gula dan bawang besar
- Apabila sambal sudah masak,tutup api dan tuangkan sambal di atas ikan yang sudah anda goreng sebentar tadi
- Siap untuk dihidang dan dinikmati
Tips Ringkas
- Lebihkan gula pada sambal yang anda tumis jika mahu lebih enak
- Garam digunakan semasa menggoreng, tapi tidak semasa memasak sambal kerana kita sudah menggunakan sos tiram dan sos ikan yang mempunyai rasa masin
- Gunakan asam jawa daripada asam keping bagi menaikkan lagi rasa enak hidangan tersebut
Selamat mencuba dengan resepi yang kami kongsikan pada kali ini dan selamat menjamu selera dengan hidangan ini.