Anda mencari resepi terung goreng berlada yang mudah dan sedap? Untuk artikel pada kali ini kami akan berkongsi dengan anda dengan cara memasak, bahan bahan yang diperlukan untuk resepi ini dan tips berguna berkaitan hidangan ini.
Pengenalan
Hidangan terung goreng berlada ini merupakan satu hidangan yang mudah untuk di cuba apabila anda di rumah. Dengan adanya bahan bahan yang ringkas, anda dapat menyediakan hidangan enak ini. Hidangan ini sesuai di makan dengan nasi putih yang panas, bagi penggemar makanan yang pedas, hidangan ini sesuai buat anda kerana ianya penuh dengan rasa pedas lada yang menyaluti terung yang segar.
Jadi tanpa banyak membuang masa anda lagi, mari kita lihat resepi nya di bawah.
Masa penyediaan : 10 minit
Masa memasak : 10 minit
Jumlah Hidangan : 4 hingga 5 orang
Bahan untuk Resepi Terung Goreng Berlada
- 2 biji terung saiz besar (boleh guna 3 biji terung sekiranya saiz sederhana)
- 2 mangkuk minyak masak
- 8 hingga 10 biji cili merah segar(untuk di kisar kasar)
- 7 hingga 8 biji cili padi (tidak kisah merah ataupun hijau)
- Setengah mangkuk ikan bilis
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Air Asam Jawa
- Garam
- Gula
Cara penyediaan Resepi Terung Goreng Berlada
- Basuh bersih terung dahulu dengan air yang bersih
- Belah terung kepada dua bahagian.
- Potong serong 2cm(agak agak), kemudian gaulkan terung tadi dengan sedikit garam
- Panaskan minyak di dalam kuali
- Goreng terung hingga lembut
- Setelah terung tadi mulai nampak lembut, angkat dan ketepikan
- Buangkan sedikit minyak yang anda gunakan untuk menggoreng tadi, dan tumis bahan yang sudah anda kisar kasar tadi
- Tumis hingga naik bau dan pecah minyak
- Masukkan air asam jawa dan perasa kan hidangan dengan gula dan garam secukupnya
- Setelah semunya nampak sebati, tutup api
- Tuangkan sambal yang sudah anda tumis tadi pada terung yang anda goreng sebentar tadi
- Sedia untuk dihidang
Tips Ringkas
- Lebihkan gula pada sambal yang anda tumis jika mahu lebih enak
- Terung yang anda belah tadi perlu digoreng dalam minyak panas yang banyak
- Elakkan masak terung dengan banyak dalam satu satu masa untuk mengelakkan terung yang dimasak tidak sekata dan warna yang tidak cantik
- Jika tiada ikan bilis, anda boleh gantikannya dengan udang kering dan sedikit belacan bagi menaikkan lagi rasanya.
Selamat mencuba dengan resepi yang kami kongsikan pada kali ini dan selamat menjamu selera dengan hidangan ini.