resepi nasi dagang

Resepi Nasi Dagang yang Popular dan Sedap

Teringin untuk menghidangkan sesuatu yang berbeza di waktu tengah hari dan malam? Boleh cuba untuk menjamu keluarga anda dengan hidangan dari pantai timur ini iaitu resepi nasi dagang. Artikel pada kali ini akan membincangkan resepi nasi dagang sangat sedap dan mudah.

Pengenalan

Resepi ikan bakar petai ini sangatlah terkenal di Terengganu dan Kelantan. Ia juga merupakan salah satu makanan yang dikenali sebagai makanan warisan kebangsaan.

Secara amnya, sejarah nasi dagang ini dihasilkan bertujuan untuk diper’dagang’kan kerana ia merupakan makanan yang enak, mengenyangkan dan tidak mempunyai musim atau perayaan untuk membuatnya.

Hidangan seperti ini  juga terkenal di luar Kawasan Malaysia seperti selatan Thailand. Nasi dagang ini kebiasaaanya di akan bersama-sama gulai ikan tongkol. Nikmatilah resepi nasi dagang ini.

Masa penyediaan: 1 jam

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan untuk Resepi Nasi Dagang

Bahan Asas

  • 3 cawan beras siam/wangi
  • 3 cawan santan cair
  • Sedikit gula dan garam
  • 1 cawan santan pekat bersama sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • Setengah inci halia

Bahan-bahan untuk Ikan tongkol

  • 1 ekor ikan tongkol
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Bahan-bahan untuk Kuah Gulai

  • 4 sudu besar cili kisar
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci elngkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 sudu besar rempah gulai
  • 2/3 cawan santan
  • 4 cawan air
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • Garam
  • Gula
  • 7-9 cili padi
  • Minyak

Bahan-bahan untuk tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan Resepi Nasi Dagang

  • Beras wangi/siam tadi basuh bersih dan direndam 2-4 jam.
  • Kukus beras tadi selama 20 minit
  • Angkat nasi tadi dan gaul kan nasi tersebut dengan separuh santan cair sehingga semua rata. Biarkan seketika santan tersebut meresap kedalam nasi.
  • Kukus semula selama 20 minit
  • Masukkan buah halba, bawang dan halia yang telah dihiris halus.
  • Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat sehinggga semua rata.

Cara Kukus Ikan Tongkol

  • Bersihkan ikan tongkol dan potong kepada beberapa ketulan.
  • Masukkan di dalam periuk lalu masukkan asam keeping, garam dan air secukupnya
  • Pastikan air melebihi paras ikan tersebut
  • Masak dengan api yang sederhana sehingga air kurang dri 1/4

Cara-Cara Penyediaan Kuah Gulai

  • Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan penumis.
  • Biarkan sehingga tumisan berbau wangi dan masukkan cili kisar tadi.
  • Goreng cili tersebut sehingga garing lalu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
  • Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai
  • Tambahkan setengah cawan air dan masak lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan lebihan air tadi dan masak sehingga mendidih.
  • Tambahkan santan lalu kacau sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan air rebusan ikan, air asam jawa, garam dan gula.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan ikan yang telah dimasak tadi.
  • Kacau seketika sehingga kuah menjadi pekat
  • Akhir sekali, masukkan cili padi mengikut citarasa kepedasan anda.

Tips:

  • Ikan tongkol yang dimasak lebih lama menjadikan isi ikan tersebut leih pejal.

Selamat mencuba resepi nasi dagang ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 + 1 =