Resepi Ikan Bakar Petai Yang Sedap

resepi ikan bakar petai

Semestinya jika teringat ikan bakar, sudah pasti semua akan memikirkan restoran manakah yang menyediakan ikan bakar yang sedap. Pernah tak kita terfikir untuk hendak membuat sendiri? Sebenarnya cara menyediakannya tidaklah terlalu susah seperti yang dijangka. Oleh itu, artikel pada kali ini akan membincangkan resepi ikan bakar sambal petai yang sangat sedap dan mudah.

Pengenalan

Resepi ikan bakar petai ini sangatlah menyelerakan seakan-akan seperti restoran ikan bakar yang ada sambal rencahnya sendiri. Bahan utama yang menjadikan sajian ini sangat sedap adaah sambal yang dibakar sekali dengan ikan.

Jika ingin memudahkan anda membuat hidangan bakar tiap kali dirumah, seperti seafood bakar atau ikan bakar, boleh laa menggunakan resepi sambal yang telah dibuat. Kebiasaanya, resepi ini menggunakan ikan. Antara contoh ikan yang boleh digunakan ialah ikan siakap, ikan jenahak, ikan pari, ikan kerapu dan lain-lain.  Nikmatilah resepi ikan bakar petai ini.

Masa penyediaan: 20 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan untuk Resepi Ikan Bakar Sambal Petai

Bahan Asas

  • 1 ekor ikan siakap yang telah dibersihkan
  • 3 papan petai ynag telah diambil isi dalamnya
  • 1 helai daun kunyit
  • Aluminium foil
  • Minyak

Bahan-bahan sambal yang perlu dikisar

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering(mengikut kepedasan masing-masing)
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras
  • Belacan
  • Kunyit hidup
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam
  • Air

Cara Penyediaan Resepi Ikan Bakar Petai

Cara penyediaan Sambal Ikan Bakar Petai

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisarkan sehingga wangi
  • Masukkan asam keping dan sedikit air ke dalam tumisan.
  • Kacau sehingga sambal betul-betul masak.
  • Setelah didapati sambal telah masak, tambahkan gula dan garam secukupnya.
  • Kacau seketika dan boleh diangkat.

Cara Penyediaan Ikan Bakar Petai

  • Panaskan oven terlebih dahulu kira-kira 180 darjah Celsius.
  • Bentangkan aluminium foil secukupnya dan Alaskan dengan sehelai daun kunyit di atas aluminium foil tersebut.
  • Tuang sedikit sambal di atas daun kuniyt tersebut dan letakkan ikan yang telah dibasuh tadi.
  • Lumurkan ikan tersebut dengan sambal tadi sehingga keseluruhan ikan dipenuhi sambal.
  • Taburkan petai yang telah dibasuk dan bungkus ikan tersebut dengan aluminium foil.
  • Bakar ikan tersebut selama lebik kurang 40 minit dengan suhu 180 darjah Celsius.

Tips

  • Boleh tambah bilangan cili kering untuk meningkatkan rasa pedas ikan bakar petai.

Selamat mencuba

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

five × two =