Salam Sejahtera, artikel pada kali ini akan memberikan idea kepada suri rumah yang buntu untuk memasak pada waktu tengah hari dan waktu malam. Salah satu resepi yang wajib dicuba ialah resepi ayam sweet sour yang mudah ini. Ahli keluarga seperti anak-anak dan suami memang sangat suka masakan ini.
Pengenalan
Resepi ayam sweet sour ini biasanya dipopularkan oleh masyarakat berbangsa cina. Semestinya minda kita akan memikirkan adakah susah untuk memasak ayam sweet sour ini.
Kebiasaanya sajian ini menggunakan ayam sebagai bahan utama. Selain ayam, ikan juga boleh digunakan untuk dipasangkan dengan kuah masam manis ini. Jenis ikan seperti isi ikan dori, ikan siakap dan ikan tilapia antara ikan yang sesuai untuk dibuat resepi masam manis ini.
Namun, artikel ini akan membincangkan cara menyediakan resepi ayam sweet sour yang mudah dan sedap.
Masa penyediaan: 30 minit
Bilangan penyediaan: 4 orang
Bahan-bahan Resepi Ayam Sweet Sour
Bahan Asas
- Beberapa ketul isi ayam yang telah dipotong dadu.
- Tepung jangung atau tepung gandum
- 1 biji capsicum hijau yang dipotong dadu
- 1 biji telur
- 1 biji tomato yang telah dipotong dadu
- Sos ikan
- Sos cili
- Cili kisar
- Serbuk lada hitam
- Nanas yang dipotong dadu(optional)
- Daun bawang
- Garam
- Gula
Bahan-bahan untuk dihiris halus
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Sweet Sour
- Campurkan serbuk lada hitam dan garam lalu perapkan ayam yang telah dipotong dadu tadi ke dalam bahan perapan.
- Seterusnya, pecahkan satu bji telur dan celupkan isi ayam yang telah diperap dan gaulkan juga dengan tepung gandum/jagung.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng isi ayam tadi.
- Goreng ayam sehingga warna kekuningan dan angkat ayam tadi lalu toskan daripada minyak.
- Seterusnya, utuk membuat kuah sweet sour, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan tomato kedalam bahan tumisan dan kacau seketika.
- Tambahkan 4 sudu besar sos cili, nanas dan 1 sudu besar sos ikan ke dalam tumisan.
- Tamabahkan sedikit air ke dalam masakan dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Selepas kuah telah pekat, masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, dan gula mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali, angkat masakan anda dan hidangkan bersama hirisan daun bawang dan juga cili merah.
Tips:
- Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat mengikut citarasa anda tetapi haruslah berpada-pada kerana dikhuatiri kuah terlalu cair dan hilang rasa masam manis tersebut.
Selamat mencuba resepi ini!