resepi ayam Kung Pao

Resepi Ayam Kung Pao Yang Terkenal

Pernah dengan ayam kung pao? Ingin mengenali dan tahu cara-cara memasak resepi ayam kung pao? Ya, anda berada di page artikel yang betul. Artikel pada kali ini akan membincangkan cara untuk memasak ayam kung pao yang menyelerakan.

Pengenalan

Resepi ayam kung pao ini telah dipopularkan oleh masyarakat berbangsa cina. Resepi ini juga terkenal dan berasal daripada negara China di daerah yang bernama Sinchuan.

Sajian ini merupakan sebuah hidangan stir-fry yang merupakan hidangan berasakan ayam dan kacang. Ia juga digabungkan bersama beberapa jenis sayur-sayuran dan beberapa jenis sos.

Hidangan ini secara amnya tidak berapa sukar untuk disediakan dan bahan-bahannya juga mudah untuk didapati di pasaraya. Oleh itu, nikmatilah resepi ayam kung pao ini.

Masa penyediaan: 30 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Kung Pao

Bahan-bahan untuk perapan ayam.

  • Beberapa ketul isi ayam yang telah dipotong dadu
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu besar tepung jagung

Bahan-bahan penyediaan kuah/sos

  • Kicap manis
  • Kicap cair
  • Minyak bijan
  • Tepung jagung
  • Gula
  • Air

Bahan-bahan lain

  • Minyak masak
  • Kacang gajus atau kacang tanah
  • 5-6 cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji capsicum yang dipotong dadu
  • ¼ biji bawang holland yang dipotong dadu.
  • Minyak bijan

Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Kung Pao.

  • Sediakan kesemua bahan dengan hiris halus bawang holland, bwang putih dan halia.
  • Selepas basuh ayam dan telah dipotong dadu, gaulkan rata tepung jagung dan kicap cair.
  • Perap seketika bahan perpaan bersama ayam.
  • Sediakan bekas lain, masukkan kicap manis, kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, gula dan air.
  • Kacau kesemua bahan sehingga sekata.
  • Panaskan minyak lalu goreng kacang tanah atau gajus sehingga warna keperangan dan angkat serta toskan dari minyak.
  • Seterusnya, goreng cili kering dan masukkan isi aya yang telah diperap dan goreng sehingga warna keperangan.
  • Tambahkan hirisan bawang putih dan halia dan gaul sehingga naik bau.
  • Selepas itu, masukkan capsicum, bancuhan sos tadi dan sedikit air. Kacau seketika masakan tersebut.
  • Masukkan bawang holland dan gajus.
  • Tambahkan garam jika rasa belum memenuhi citarasa anda.
  • Akhir sekali, masukkan daun bawang kacau seketika sehingga masak.

Tips:

  • Jika mahu masakan ayam kung pao menjadi juicy, tekstur yang lembut dan masak yang sempurna, ayam perlulah masak di atas api yang besar dan kacau dengan cepat.

Selamat mencuba resepi ayam ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 − one =