resepi ikan bakar dan air asam

Resepi Ikan Bakar dan Air Asam yang Sedap

Kali ni penulis akan bawa anda dengan resepi ikan bakar dan air asam. Ha? Siapa je tak suka dengan resepi ikan bakar cecah dengan air asam ni, makan pula dengan nasi yang panas.

Memang anda akan layan habis punya. Kalau kene pes sambal ikan bakar yang betul betul enak dan air asam yang cukup rasanya anda akan terangkat bila makan tau. Pasti tak toleh kiri dan kanan dah.

Pengenalan

Kali ni kita akan belajar cara nak buat pes sambal ikan bakar dan air asam. Anda jangan risau kita bukan bakar ikan dekat unggun api tau, kita menggunakan peralatan di dapur sahaja seperti kuali atau grill pan anda. Senang kan? Pes sambal pula anda boleh siapkan awal dan simpan didalam peti ais anda. Bila nk guna baru keluar kan dan masak.

Kenapa nak tunggu lagi kan? Ha! Jom sama sama kita masuk dapur dan buat ikan bakar bersama air asam untuk keluarga tersayang kita.

Masa hidangan: 60 – 75 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan Resepi Ikan Bakar

Bahan-bahan untuk ikan bakar:

  • 4 ekor ikan mabong
  • daun pisang
  • minyak

Bahan-bahan untuk pes ikan bakar:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ketul kunyit hidup
  • ½ inci halia
  • 1 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • ½ sudu besar serbuk kari ikan
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • ½ – 1 sudu kecil garam
  • air
  • 1 senduk minyak masak
  • ½ – 1 sudu kecil gula

Bahan-bahan untuk air asam:

  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 10-15 biji cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • ½ biji bawang besar
  • 1-2 biji tomato
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit perahan jus limau nipis

Cara Penyediaan Resepi Ikan Bakar

Cara-cara untuk pes ikan bakar:

  • Masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, batang serai, cili kisar, serbuk kari ikan, sedikit garam, sedikit air dan sedikit air asam jawa ke dalam pengisar. Kisarkan dan biarkan ketepi
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bahan tadi sehingga pecah minyak (garing)
  • Pastikan bahan tumisan masak (anggaran dalam 15 minit)
  • Masukkan gula dan sedikit air pula dan kacau seketika supaya tidak hangus
  • Biarkan pes masak dengan sempurna dan angkat (anggaran 5 minit)
  • Sejukkan pes ikan bakar. Selepas sejuk, boleh disimpan di dalam peti untuk kegunaan hari kemudian

Cara-cara untuk ikan bakar:

  • Siang dan kelarkan ikan dibahagian badan. Bersihkan dengan asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan dan bilas dengan air
  • Keluarkan pes sambal ikan yang sudah dibuat dan lumurkan pes sambal dekat ikan yang sudah dibersihkan
  • Pastikan pes sambal dilumurkan disemua bahagian ikan termasuk bahagian dalam ikan.
  • Balutkan ikan yang sudah dilumurkan tadi dengan daun pisang
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan panggangkan ikan di atas api yang sederhana
  • Pastikan ikan dibakar dengan masak sempurna

Cara-cara Penyediaan Air Asam Jawa

  • Potongkan dadu tomato dan bawang besar. Ketepikan
  • Potongkan cili padi dan cili merah. Ketepikan
  • Kisarkan air asam jawa bersama belacan, cili padi, gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan bahan dikisar tadi bersama bahan yang dipotong kedalam mangkuk dan gaul sehingga sebati
  • Perahkan limau nipis tadi kedalam kuah air asam anda. Tambah gula ataupun garam bagi penambah rasa sedap.
  • Siap! Boleh dihindangkan bersama ikan bakar anda.

Tips:

  • Anda juga boleh menggunakan asam jawa asli, tetapi anda perlu merendam dahulu kedalam air yang panas dan ramas sehingga menjadi pes yang pekat
  • Anda juga boleh menggunakan daun kunyit untuk membalut ikan anda
  • Anda juga boleh menggunakan ikan lain seperti ikan pari dan ikan kembung

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 3 =