resepi siakap stim lemon

Resepi Siakap Stim Lemon yang Best

Sebut pasal resepi ikan siakap masak stim lemon, pasti anda akan teringat restoran makanan Thailand kan. Masakan ini sangat popular di restoran restoran makanan Thailand. Siakap stim lemon ni bukan sahaja sedap dengan bau yang menyelerakan, bahkan makanan sihat untuk dimakan. Masakkan siakap stim leman tidak menggunakan minyak ye. Masakkan ini boleh dijadikan menu diet atau pun menu berpantang anda. Seronok kan? Anda dah boleh masukkan resepi ini dalam list menu harian anda tau.

Pengenalan

Siakap stim lemon sangat terkenal dimakan bersama nasi panas, telur dadar dan kailan ikan masin bila anda berada di restoran makanan Thailand. Masakkan ni sangat mudah dibuat dirumah dan sangat cepat disediakan.

Masakkan ini sesuai untuk anda yang bujang atau pun yang sibuk bekerja. Anda boleh menggunakan bahan bahan yang berada dirumah sahaja untuk memasak siakap stim lemon ni.

Jom! Kita sama sama cuba dengan resepi ikan siakap stim lemon

Masa penyediaan: 20-30 minit

Jumlah hidangan: 3-4 orang

Bahan-Bahan Resepi Siakap Stim Lemon

Bahan Asas

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 1 batang serai dititik
  • Daun bawang
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji tomato, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis

Bahan hiris halus:

  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah

Cara Penyediaan Resepi Siakap Stim Lemon

  1. Siang ikan dan kelarkan dibahagian kedua belah badan ikan.
  2. Bersihkan dengan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir dan bilas dengan air. Ketepikan seketika
  3. Hiriskan halus halia, bawang kecil dan bawang putih dan ketepikan
  4. Perahkan jus lemon sehingga dapat jus lemon anggaran 3 sudu besar
  5. Panaskan air dalam pengukus dan biarkan sehingga air mendidih
  6. Sementara itu, masukkan ikan yang sudah dibersihkan ke dalam loyang
  7. Masukkan pula serai, hirisan halia, bawang kecil dan putih
  8. Masukkan kan pula garam dan gula secukup rasa
  9. Masukkan bancuhan tepung jagung dan air didalam loyang supaya kuah menjadi pekat
  10. Masukkan pula sos ikan dan gaul perlahan supaya sebati
  11. Letakkan loyang didalam pengukus dan kukus selama 15 minit
  12. Selepas 15 minit, masukkan tomata, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon
  13. Sambung kukus selama 5  minit
  14. Angkat dan hidangkan

Tips:

  • Sekiranya tiada lemon, anda boleh menggunakan limau untuk masak siakap stim anda
  • Selain penggukus, anda juga boleh menggunakan kuali untuk masak siakap stim
  • Jangan kukus terlalu lama takut ikan akan menjadi kering dan hilang khasiat masakkan anda
  • Masakkan ini jugak boleh dibuat untuk baby anda, tetapi ubah sedikit resepi agar sesuai untuk baby anda

Selamat mencuba resepi kali ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × five =