resepi ayam masak lemak cili api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Versi Negeri Sembilan

Bila cerita resepi ayam masak lemak cili api, mesti teringat nenek dikampung kan? Sapa yang berasal dari Negeri Sembilan pasti akan merindui masakan ini. Resepi ayam masak cili api ni memang sangat popular dekat negeri sembilan dan sangat digemari kerana masakan dia yang pedas tapi sedap hingga anda akan menjilat jari anda.

Kalau dekat kampung penulis, nenek akan gunakan kelapa parut dan kunyit hidup. Nenek kata gunakan yang semula jadi lagi sedap dan terangkat! Wah! Rasa rindu pula nak balik kampung macam ni. Makan pula bersama keluarga besar pasti anda akan bertambah pinggannya.

Pengenalan

Ayam masak cili api versi negeri sembilan sangat pedas tetapi sangat sedap dimakan. Masakan ini menggunakan bahan bahan kampung seperti cili api kampung, kunyit hidup, kelapa parut, daun kunyit dan asam keping.

Mari! Kita mula kan sesi belajar cara cara masak ayam masak cili api versi Negeri Sembilan.

Masa hidangan: 30 minit

Jumlah hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan Asas

  • 1 ekor ayam
  • 1 biji kelapa parut
  • Garam
  • 1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai

Bahan tumbuk halus:

  • 15-25 tangkai cili api kampung hijau 
  • 2 saiz ibu jari kunyit hidup
  • 1 ulas bawang merah (ikut citarasa rasa sendiri)

Cara Penyediaan Resepi Ayam Masak Cili Api

  1. Potong ayam pada 16 bahagian dan bersihkan ayam dengan tepung supaya tidak berbau hanyir. Bilas dengan air dan ketepikan
  2. Tumbuk atau kisarkan cili api, kunyit hidup sehingga halus dan ketepikan. Boleh masuk kan sekali bawang merah untuk ditumbuk atau dikisar halus. (masak ayam cili api di Negeri Sembilan tidak menggunakan bawang untuk memasak)
  3. Hiriskan daun kunyit dan ketepikan (guna sedikit sebagai hiasan sesama dihidangkan)
  4. Perah kelapa parut untuk mendapatkan santannya dan masukkan garam secukup rasa. Ketepikan
  5. Panaskan periuk di atas api yang perlahan dan masukkan ayam tadi ke dalam periuk tanpa menggunakan minyak. Kacau dan biarkan kulit ayam menjadi sedikit kering
  6. Masukkan pula bahan yang ditumbuk atau dikisar halus kedalam periuk yang berisi ayam dan kacau sehingga ia sebati. Biarkan selama beberapa minit.
  7. Masukkan santan perah dan serai ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
  8. Letakkan asam keping dan daun kunyit yang dihiris halus dan kacau lagi.
  9. Pastikan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah. Anda boleh tambah air (jikalau rasa santan terlalu pekat)
  10. Bila kuah kelihatan terbit minyak dan nampak kuah dah pekat bolehlah tutup api. Angkat dan hiaskan lebihan hirisan daun kunyit.

Tips

  • Anda boleh kurangkan cili api kalau anda bukan jenis yang makan makanan pedas
  • Anda juga boleh gunakan santan kotak tetapi kena pandai anggarkan untuk penambahan air
  • Boleh juga menggunakan serbuk kunyit jika anda tidak ada kunyit hidup dirumah anda

Selamat mencuba!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =