resepi sambal pedas ayam

Resepi Sambal Pedas Ayam Yang Sedap

Siapa yang sangat gemar dengan makanan pedas, pasti menyukai resepi kali ni. Ayam yang disaluti dengan sambal pedas yang menyengat tetapi cukup menyelerakan, makan pula dengan nasi dan ulam ulaman segar. Pasti membangkit selera anda kan? Pedas tapi sedap ialah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan resepi sambal pedas ayam ini.

Pengenalan

Bahan bahan resepi kali ini pun sangat mudah untuk anda cari di kedai berdekatan rumah. Anda tidak perlu risau untuk mencarinya kerana mudah didapati dimana saja.

Resepi ini akan membawa anda dengan masakan yang pedas tapi menyelerakan. Apa lagi! Mari kita sama sama belajar resepi sambal pedas ayam ini.

Masa Memasak: 15-20 minit

Jumlah hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan Resepi Sambal Pedas Ayam

Bahan Asas

  • 1 ekor ayam sederhana besar
  • 2 helai daun kunyit
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit
  • Minyak

Bahan-bahan untuk dikisar

  • 10 tangkai cili hidup
  • Segenggam cili api kampung
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 batang serai
  • 2 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan Sambal Pedas Ayam

Cara Penyediaan Ayam goreng:

  1. Potongkan ayam kepada 16 bahagian dan bersihkan dengan tepung supaya hilang bau hanyir. Bilas dengan air dan ketepikan.
  2. Gaulkan ayam yang sudah dibersih dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  3. Panaskan minyak didalam kuali dengan api yang sederhana besar.
  4. Masukkan ayam ke dalam kuali yang sudah panas
  5. Goreng ayam sehingga bertukar warna dan pastikan ayam yang digoreng masak dengan sempurna (jangan terlalu garing)
  6. Angkat ayam dan toskan minyak. Ketepikan seketika

Cara Penyediaan Sambal Pedas:

  1. Kisarkan cili hidup, cilia api kampung, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup. Ketepikan
  2.  Panaskan minyak lebihan ayam tadi dengan menggunakan kuali yang sama.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau dan taik minyak (garing)
  4. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul sentiasa supaya tumisan tadi sebati dengan ayam yang sudah digoreng
  5. Letakkan air sekiranya terlalu pekat (jika perlu)
  6. Biarkan seketika sehingga mengelegak
  7. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
  8. Gaulkan dan biar seketika sehingga betul betul masak
  9. Angkat dan hidangkan didalam pinggan
  10. Hiaskan dengan hirisan daun kunyit di atas hidangan tadi

Tips

  • Sekiranya anda bukan penggemar makanan pedas, anda juga boleh mengurangkan kuantiti cili api kampung dan cili hidup mengikut selera anda
  • Ayam boleh juga tidak perlu digoreng dahulu, ayam boleh masak sekali bersama sambal pedas. Tetapi anda kene pastikan ayam betul betul masak sepenuhnya

Selamat mencuba resepi kali ni !

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 3 =