resepi kari kepala ikan

Resepi Kari Kepala Ikan yang Sangat Lazat

Bagaimanakah cara memasak resepi kari kepala ikan? Artikel ini akan membincangkan cara memasak, bahan-bahan yang diperlukan serta tips untuk memasak resepi ini

Pengenalan

Kari kepala ikan memang sangat sedap dan lazat. Masakan yang penuh dengan rempah ratus pasti akan membangkitkan selera siapa yang terhidu. Kebiasaannya kita akan jumpa kari kepala ikan ini di restoran reatoran makanan mamak.

Kari kepala ikan adalah makanan yang sangat popular di Malaysia, singapore dan Indonesia. Kari kepala ikan kebiasaan dimakan bersama dengan nasi panas, roti atau dijadikan hidangan sampingan.

Resepi kari kepala ikan ini tidak lah terlalu sukar untuk kita buat dirumah, bahkan lagi jimat dan boleh mengikut cita rasa kita sendiri. Rasa teruja untuk belajar masakan orang ramai ni? Jom! Sama sama kita terokai resepi kali ni

Masa Hidangan: 40 minit

Jumlah hidangan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Kari Kepala Ikan

Bahan Utama

  •  1 bahagian Kepala ikan merah

Bahan tumis

  • Minyak masak.
  • 2 Kuntum bunga lawang.
  • 1 Sudu kecil halba campur.
  • 1  Batang kecil kulit kayu manis.
  • 4/6 Helai daun kari.

Bahan untuk di Kisar

  • 4 Ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah.
  • Halia (1 inci).
  • 1/2 Bawang holland.

Bahan-Bahan lain

  • 1/2 kilo santan
  • 1 Paket rempah kari ikan( terpulang pada jenama kesukaan).
  • 1 Sudu serbuk cili.
  • Biji tomato di potong 4.
  • Bendi (Ikut citarasa untuk letak berapa banyak).
  • Gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara penyediaan Resepi Kari Kepala Ikan

  1. Potong kepala ikan merah kepada beberapa ketulan dan bersihkan dengan perahan limau untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan ketepikan
  2. Kisarkan bawang putih, bawang merah, bawang holland dan halia. Ketepikan seketika.
  3. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari didalam mangkuk. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi pes yang pekat
  4. Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan bahan kisar tadi. Tumiskan sehingga naik bau
  5. Kemudian masukkan pula kayu manis, bunga lawang, daun kari dan halba campur kedalam tumisan tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga keluar aroma yang wangi
  6. Masuukan pes yang sudah dicampur tadi ke dalam periuk dan tumiskan sehingga pecah minyak (garing)
  7. Masuukan ketulan kari kepala ikan tadi dan gaulkan agar tumisan sebati dengan ketulan kepala ikan. Tutup periuk  seketika dan biarkan ia dengan api sederhana besar
  8. Buka penutup periuk, masukkan pula santan dan kacau seketika.
  9. Masukkan kan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehigga mendidih
  10. Selepas kelihatan mendidih, masukkan tomato dan bendi ke dalam periuk dan biarkan sehingga menjadi layu
  11.  Angkat dan kari kepala ikan sedia untuk dihidangkan

Tips

  • Anda boleh menggunakan ikan lain seperti ikan jenahak dan siakap
  • Anda juga boleh menggantikan santan dengan susu kotak
  • Makan bersama nasi panas dan telur dadar yang garing pasti menyelerakan
  • Boleh lebihkan serbuk cili  bagi si penggemar mkanan pedas

Selamat mencuba resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 4 =