Resepi Udang Butter

Resepi Udang Butter Sedap Dan Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi udang butter? Resepi udang butter merupakan resepi yang istimewa dan menjadi kesukaan ramai orang. Hidangan ini juga menggabungkan rasa lemak mentega dan susu serta sedikit pedas. Selain udang, terdapat juga resepi ayam butter dan daging butter yang mana ia menggunakan bahan-bahan yang sama. aroma daun kari yang terdapat pada hidangan ini juga menambah keunikan masakan ini. Walaupun gabungan rasa susu lemak bersama pedas cili adalah kedengaran agak janggal, namun kebanyakkan orang pasti terpikat dengan menu istimewa ini apabila pertama kali merasainya.

Pengenalan

Selain mentega dan susu, aroma daun kari yang terdapat pada hidangan ini juga menambah keunikan masakan ini. Walaupun gabungan rasa susu lemak bersama pedas cili adalah kedengaran agak janggal, namun kebanyakkan orang pasti terpikat dengan menu istimewa ini apabila pertama kali merasainya. Jadi, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk memasak resepi udang butter. Bahan- bahannya pun mudah saja nak dicari dan cara memasak tidak rumit. Sudah bersedia? Jom kita mulakan. Semoga berjaya.

Masa persedian: 15-20 minit

Masa memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 4-5 orang

Bahan-Bahan Untuk Resepi Udang Butter

  • Udang besar dalam 15 ekor
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 20 helai daun kari
  • 3 sudu butter
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4-5 biji cili padi
  • Setengah tin susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat
  • Sedikit tepung jagung 

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Udang Butter

  1. Gunting bahagian muncung udang dan ekor udang. Bilas dengan air bersih dan toskan airnya.
  2. Letakkan udang yang sudah dibersihkan, garam dan serbuk kunyit ke dalam bekas. Gaulkan sekata kesemuanya.
  3. Kemudian panaskan minyak didalam kuali dan masukkan udang. Goreng sehingga udang masak dan bertukar warna kekuningan.  Angkat udang dan ketepikan.
  4. Hiris halus bawang putih dan potong dadu bawang besar. Ketepikan.
  5. Gunakan minyak tadi (ambil sedikit sahaja), panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan terus masukkan bawang putih, bawang besar dan cili padi serta daun kari. Kacau dan tumis sehingga naik bau yang wangi.
  6. Kemudian masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau agar kuah sekata dan biarkan sehingga kuah mendidih dan menjadi pekat. Masukkan bancuhan tepung jagung sekiranya kuah tidak menjadi pekat.
  7. Selepas itu, masukkan udang dan gaulkan agar udang sebati dengan kuahnya. Kemudian masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan biar rasanya sebati.
  8. Biarkan seketika sehingga masakan betul betul masak dan barulah tutup apinya.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:

  • Pastikan tidak masak kuah udang butter sehingga susu naik taik minyak (berketul).
  • Cili padi boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut tahap kepedasan masing masing.
  • Sekiranya inginkan rasa yang lebih berlemak, anda boleh lebihkan susu cair dalam masakan anda. Atau anda boleh mencuba dengan menambah kepingan keju cheddar.
  • Makan bersama nasi putih panas dan telur goreng dadar.

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − 1 =