Resepi Roti Nan

Resepi Roti Nan Yang Sedap Untuk Dicuba

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi roti nan? Roti nan merupakan sejenis hidangan yang popular dan sering didapati di restoran mamak. Roti nan selalunya dihidangkan bersama ayam tandoori, kuah dhal, kari kambing dan kuah pudina. Terdapat juga roti nan yang ditambah dengan keju dan bawang putih kisar di dalamnya. Hidangan roti nan cheese atau keju ini turut tidak kurang menjadi sambutan ramai orang terutamanya bagi mereka yang gemarkan makanan berkeju.

Pengenalan

Roti nan mempunyai tekstur yang sedikit liat dan lembut. Roti nan biasanya tawar dan lebih ‘sihat’ jika dibandingkan dengan roti canai dan roti tosai yang mana lebih berminyak. Selain membelinya di kedai, anda juga boleh membuat roti nan di rumah. Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk membuat roti nan yang enak.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Roti Nan

  • minyak masak/ minyak zaitun
  • air, 1 1/4
  • baking powder
  • garam, 1 sudu
  • gula, 1 sudu besar
  • yis, 1 sudu besar
  • tepung gandum, 3 cawan

Cara Penyediaan Resepi Roti Nan

  1. Mula-mula sekali, campur dan gaulkan semua bahan-bahan dan ulikan sehingga menjadi doh.
  2. Apabila sudah selesai menguli doh, rehatkan doh seketika dalam lebih kurang setengah jam (30 minit).
  3. Setelah doh tadi direhatkan, tumbuk doh bagi proses mengeluarkan angin.
  4. Kemudian, bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki dan setelah itu, canaikan doh tersebut.
  5. Jika anda berminat dengan nan cheese atau garlic, semasa proses mencanai, campurkan garlic atau cheese yang sudah siap dihiris/kisar kemudian bulatkan semula doh.
  6. Jika anda penggemar nan kosong, anda boleh abaikan langkah nombor 5.
  7. Masak nan di atas kuali anti lekat , guna api kecil dan tutup kuali dengan penutup semasa proses memasak.
  8. Terbalikkan roti sekejap sekejap sehingga ia masak
  9. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama sama side dish yang anda suka, contohnya seperti kari kambing.

selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × five =