Resepi Nasi Arab Mandy

Resepi Nasi Arab Mandy yang Padu

Bagaimanakah cara untuk memasak nasi arab mandy? Untuk perkongsian The Resepi pada hari ini, kami akan kongsikan kepada anda dengan satu resepi yang sedap dan sesuai untuk anda cuba buat di rumah. Dengan menyediakan bahan bahan seperti yang dinyatakan nanti, anda akan dapat membuat satu masakan yang enak dan tidak rugi untuk anda mencubanya nanti.

Pengenalan

Bagi peminat nasi arab, hidangan nasi arab mandy ayam seringkali menjadi pilihan apabila pergi ke restoran nasi arab, bergantung kepada minat dan selera masing masing. Ada yang bertanya, adakah Mandy dan Khabsah merupakan nasi yang sama? Perbezaan Mandy ialah, ia di masak menggunakan air rebusan ayam dan warna nasinya kekuningan dan rempah yang digunakan kurang sedikit berbanding nasi Khabsah (yang menggunakan air rebusan kambing dan nasi nya yang bewarna keperangan).

Jadi di sini kami akan kongsikan kepada anda semua dengan cara menyediakan nasi arab mandy ini dan beberapa tips ringkas berkaitan dengan hidangan ini.

Masa untuk Penyediaan : 40 ke 45 minit

Masa untuk Memasak : 1 jam

Jumlah Hidangan : 4 hingga 5 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Nasi Arab Mandy

Bahan Asas (Rempah Mandy)

  • 3 helai daun salam kering
  • 8 biji buah pelaga
  • Sebatang kayu manis
  • 1 sudu kecil cengkih
  • Satu sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 sudu besar biji ketumbar

Bahan untuk Nasi Mandy

  • 4 cawan beras basmathi
  • garam
  • air
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 3 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil kismis hitam
  • 5 hingga 6 cawan air rebusan ayam
  • 5 tangkai cili padi
  • 4 tangkai cili hijau
  • Satu sudu besar rempah mandy

Bahan untuk air rebusan ayam

  • Seekor ayam
  • 1 sudu besar rempah mandy
  • 1 kiub ayam
  • Air, 10 cawan
  • 2 helai daun salam
  • bawang holland
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 1 batang kayu manis
  • minyak masak, 3 sudu

Bahan bahan untuk Ayam Mandy

  • Satu sudu besar rempah mandy
  • 1 sudu jus lemon
  • pewarna kuning
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar minyak zaitun

Bahan untuk sos

  • Gula
  • Garam
  • 1 sudu jus lemon
  • daun ketumbar
  • batang ketumbar
  • cili merah 1 biji
  • lemon 1 biji
  • cili padi, 5 tangkai
  • tomato, 1 biji
  • bawang putih, 4 ulas

Bahan untuk sup

  • Baki air rebusan ayam
  • Garam
  • serbuk kunyit
  • lada hitam serbuk/ hancur kasar
  • serbuk lada sulah
  • hirisan daun ketumbar

Bahan untuk salad

  • Timun
  • Tomato
  • garam
  • gula
  • lada hitam serbuk/ hancur kasar
  • jus lemon
  • daun ketumbar

Bahan untuk perasa asap

  • Bara arang
  • Minyak masak

Cara-Cara untuk Memasak Resepi Nasi Arab Mandy

Cara-cara menyediakan rempah mandy:

  1. Panaskan kuali dahulu
  2. Sangai bahan bahan untuk rempah mandy sehingga mula naik bau
  3. Sangai dalam masa 5 ke 8 minit
  4. Kemudian, kisar bahan tadi hingga halus

Cara-cara menyediakan nasi mandy:

  1. Rendam beras dengan air
  2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan tumis hirisan bawang holland hingga naik bau,lembut dan layu
  3. Masukkan pula bawang putih, cili padi, rempah mandy, stok air rebusan, kismis, dan garam secukup rasa
  4. Tutup dengan kain bersih dan masak dengan menggunakan api yang perlahan
  5. Apabila nasi mulai masak, tambahkan sedikit pewarna kuning

Cara untuk menyediakan air rebusan ayam:

  1. Panaskan minyak untuk mula menumis, tumis bahan seperti daun salam, bawang holland,kayu manis, lada hitam
  2. Masukkan air dan kiub ayam, ayam dan rempah mandy
  3. Rebus kira kira setengah jam dengan api yang sederhana
  4. Sediakan bahan untuk sapuan ayam, kacau sekata bahan untuk ayam mandy
  5. Apabila ayam mulai masak, sapukan permukaan ayam dengan bahan sapuan tadi dan perap kan seketika
  6. Bakar ayam dengan suhu 180 darjah celcius ke 200 darjah celcius dengan menggunakan api atas sahaja.
  7. Bakar selama 15 minit

Cara menyediakan sup:

  1. Panaskan semula baki air rebusan ayam
  2. Kemudian, masukkan garam, serbuk kunyit, lada hitam serbuk, lada sulah dan daun ketumbar
  3. Masak hingga sup mula mendidih

Cara menyediakan salad:

  1. Ambil timun, tomato dan bawang holland. Potong dadu bagi semua bahan ini.
  2. Kemudian, masukkan garam, gula, hirisan daun ketumbar, serbuk lada hitam dan jus lemon.
  3. Gaul hingga sebati

Cara menyediakan sos:

  1. Kisar semua bahan untuk sos tadi, tapi jangan terlalu halus
  2. Setelah itu, perasakan sos dengan sedikit jus lemon, gula dan garam secukup rasa

Cara menyediakan perasap:

  1. Masukkan tepung beras di dalam mangkuk bersama dengan marjerin
  2. Gaul hingga membentuk doh
  3. Kemudian, letakkan ayam yang sudah dipanggang tadi di atas nasi mandy
  4. Seterusnya, guna bekas tahan panas, dan tuangkan pula minyak masak dan letakkan bersama bara
  5. Tutup rapat dan biarkan selama beberapa minit untuk hidangan ini menyerap bauannya

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Pastikan ayam tidak hancur ketika direbus
  • Asingkan sedikit air untuk rebusan dan nasi
  • Safron juga boleh digunakan menggantikan pewarna kuning

Selamat menjamu selera. Jangan lupa amalkan SOP di musim pandemik, sampai berjumpa lagi pada perkongsian resepi pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven + 1 =