Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis yang lazat

Bagaimanakah cara memasak resepi nasi lemak sambal ikan bilis yang lazat? Memang menjadi kegemaran ramai kalau makan nasi lemak mesti kena ada sambal yang sedap kerana sambal yang padu akan menaikkan lagi rasa nasi lemak yang akan dimakan nanti. Nasi lemak dengan sambal ikan bilis memang banyak versinya tetapi untuk mencari yang betul-betul kena dengan selera tekak kita agak sukar nak cari.

Jadi, untuk perkongsian hari ini, kami akan berkongsi kan dengan anda semua dengan satu resepi mudah dan boleh untuk dicuba sendiri di rumah anda nanti, Resepi tersebut adalah resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis.

Pengenalan

Kebiasaannya Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis ini dihidangkan semasa sarapan pagi, tapi kadangkala mengikut juga selera orang yang mahukan nasi lemak sebagai hidangan untuk makan malam ataupun tengahari. Proses memasaknya juga tidaklah begitu rumit dan kami akan menerangkan proses penyediaan nasi lemak ini dengan mudah dan lengkap. Dengan senarai bahan-bahan yang diperlukan, ayuh kita cuba untuk siapkan hidangan yang ini.

Selamat mencuba ya!

Masa penyediaan : 10 ke 15 minit

Masa memasak : 15 ke 20 minit

Jumlah Hidangan : 7 ke 9 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Bahan-Bahan Asas ( Sambal Ikan Bilis) :

  • Minyak masak
  • 1 mangkuk ikan bilis /dikopek
  • 2 biji bawang besar – dihiris
  • Air asam jawa
  • Garam kasar
  • Gula Melaka
  • Gula pasir

Bahan-Bahan Asas ( Nasi Lemak):

  • 3 cawan beras
  • Garam
  • Minyak menumis
  • Daun pandan 1 helai disimpulkan
  • 1 batang halia yang diketuk
  • Santan
  • Bawang merah 3 biji
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 inci halia yang siap dihiris

Bahan untuk dikisar :

  • 15 ke 16 tangkai cili kering
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Belacan (jika mahu)

Cara-Cara Memasak Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Cara penyediaan Sambal Ikan Bilis :

  1. Panaskan minyak
  2. Kemudian, masukkan ikan bilis
  3. Setelah itu, masak seketika sehingga ikan bilis layu
  4. Setelah ikan bilis mula nampak layu, anda masukkan pula bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam kuali
  5. Kemudian, masak dengan gunakan api yang perlahan sehingga cili mula garing dan  mula terbit minyak
  6. Setelah itu, anda masukkan air asam jawa, gula melaka dan juga garam
  7. Kacau semula
  8. Kemudian, masukkan pula bawang besar yang sudah dihiris tadi
  9. Setelah itu, anda masukkan pula gula secukup rasa
  10. Perlahan kan api dan renehkan sambal tadi hingga pecah minyak
  11. Sambal sudah siap dan anda asingkan dahulu.

Cara penyediaan Nasi Lemak:

  1. Untuk membuat nasi lemak pula, anda basuh dahulu beras hingga bersih
  2. Panaskan minyak untuk mula menumis bawang, halia, halba, serai dan juga daun pandan
  3. Masukkan beras tadi dan kacau seketika
  4. Apabila semua bergaul elok, masukkan santan mengikut ruas satu jari
  5. Kemudian, masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga larut
  6. Tutup api dan pindahkan ke dalam periuk elektrik, biarkan hingga masak
  7. Hidangan siap dan anda boleh sudukan sambal ikan bilis tadi bersama sama dengan nasi lemak.
  8. Lebih sedap jika ada hirisan timun, telur rebus dan kacang goreng.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Jika mahu gunakan ikan bilis yang tidak dikopek juga tidak menjadi masalah
  • Hidangkan bersama dengan telur rebus atau telur goreng, ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun untuk lebih lengkap dan menambah selera.
  • Boleh juga dihidang di atas daun pisang jika mahu mendapat aroma yang wangi.

Selamat mencuba resepi ini dan selamat menjamu selera

Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi pada perkongsian kami pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 10 =