Resepi Roti Canai Yang Ringkas Dan Enak

Resepi Roti Canai

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi roti canai? Roti canai merupakan antara makanan yang popular di Malaysia. Roti canai sering menjadi pilihan ramai orang sebagai menu hidangan sarapan pagi. Hidangan roti canai juga menjadi lebih lazat apabila dilengkapi dengan kuah kari atau kuah dhal sebagai pencicah. Selain itu, roti canai juga divariasikan oleh sesetengah penjual dengan pelbagai jenis seperti roti canai sardin, roti canai telur dan sebagainya.

Pengenalan

Rasa roti canai yang lembut di dalam dan garing di luar serta dihidangkan bersama kuah dhal ataupun kari sememangnya akan membuatkan sesiapa pun kecur lidah. Pembuatan roti canai tidaklah sukar. Anda boleh mencuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Selain itu, roti canai juga boleh disejuk bekukan jika hendak dijadikan stok makanan di rumah. Ini mungkin boleh membantu anda menjimatkan kos perbelanjaan harian. Oleh itu, pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda satu resepi mudah untuk menyediakan roti canai yang enak.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Roti Canai

  • Minyak masak
  • Air
  • Telur sebiji
  • tepung gandum 3 cawan
  • susu pekat manis satu sudu
  • gula 1 sudu
  • garam 1 sudu kecil

Cara Penyediaan Resepi Roti Canai

  1. Mula-mula, ambil bekas dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali minyak masak.
  2. Gaul bahan hingga rata.
  3. Kemudian anda tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata kemudian uli hingga semua menjadi doh.
  4. Ambil bekas lain dan tuang minyak masak hingga memenuhi bekas tersebut.
  5. Setelah itu, ambil doh yang sudah diuli tadi dan bentukkan kepada doh yang lebih kecil dan pindahkan ke dalam bekas yang sudah anda letak minyak sebentar tadi.
  6. Biarkan doh sekitar 7 hingga 8 jam. Anda boleh sediakan pada waktu malam jika hendak masak pada sarapan pagi.
  7. Setelah itu, ambil doh dan tebarkan di atas permukaan rata, kemudian lipat doh yang sudah anda tebar tadi kepada bentuk segi empat.
  8. Masakkan di atas kuali tanpa minyak.
  9. Apabila roti mulai nampak garing atas dan bawah, angkat dan tepuk2 kan roti tersebut.
  10. Hidangkan bersama kari ayam atau kuah dhal.
  11. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × 2 =